Berita Teknologi

3 Berita Menarik Hari Ini Yang Anda Perlu Tahu !

Vivo, OPPO dan Adobe perlihatkan teknologi terbaru yang menakjubkan

Pada hari ini, banyak berita dan perkara yang berlaku sekitar 24 jam ini. Dan artikel kali ini, kami akan himpunkan berita menarik yang berlaku dengan sedikit ringkasan. Jom !

1. Vivo Super FlashCharge 120 Watt

Bateri adalah penting untuk sebuah telefon pintar. Jika kehabisan bateri, kita perlu mengecas telefon pintar sebelum boleh menggunakannnya. Namun, secara purata ia akan mengambil sehingga 30 minit hingga 2 jam untuk mengecas bateri kepada kadar penuh mengikut teknologi pengecasan yang ditawarkan.

Kini, Vivo perkenalkan Super FlashCharge 120W yang berupaya mengecas bateri sebesar 4000 mAh dalam masa hanya 13 minit sahaja. Dalam 5 minit sahaja, mereka berupaya mengecas sehingga 50%.

Baca juga :  Anti Virus kini tidak lagi percuma!

2. OPPO akan menunjukkan revolusi kamera terbaru pada 26 Jun

OPPO mengumumkan teknologi terbaru yang akan membenarkan integrasi sensor atau lensa kamera diletakkan di belakang paparan telefon pintar – yang menyingkirkan keperluan takuk, lubang atau kamera mekanikal pop-naik.

Pihak OPPO akan perlihatkan peranti ini iaitu OPPO Find X pada 26 Jun hadapan terhadap media di sana. Dengan teknologi ini, ia membolehkan mereka menghasilkan telefon pintar dengan skrin penuh bersama sudut bingkai yang minima. Namun, ia masih belum dipastikan adakah ia adalah prototaip ataupun model yang akan dijual.

3. Kecerdasan Buatan boleh mengesan gambar yang telah disunting (Photoshopped)

Teknologi juga disalahgunakan oleh sesetengah pihak. Maka, berlakulah penghasilan imej palsu yang memaparkan berita, manifesto, atau lain-lain yang tidak sahih. Pasukan Adobe, sedang membangunkan sebuah kecerdasan buatan yang boleh mengesan sebarang sentuhan pada Photoshop.

Baca juga :  Bulan Ini : Pengenalan iPhone 11 dari Apple & Pelancaran Huawei Mate 30

Untuk menghalang gambar yang salah, Adobe mengambil perkara ini dengan serius. Mereka yang mencipta Photoshop, sedang bertanggungjawab untuk menghalang penyalah-gunaan aplikasi mereka.

Projek ini dikatakan 99% berjaya. Walaupun ia hanya diaplikasi pada mod potrait, namun ia masih satu kejayaan besar dan mampu dimajukan kelak. Kita boleh lihat gambar yang disentuh sebelum disunting di bawah aplikasi Photoshop:

 

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami