Berita TeknologiTrik dan Tips Telefon Pintar

Xiaomi Mi 9 SE : ‘Killer’ Flagship Pada Harga Bajet

Xiaomi telah mengeluarkan senjata baru mereka iaitu Xiaomi Mi 9 SE pada bulan lepas. Dengan harga yang cukup murah dalam kategori flagsip, ia dikatakan berbaloi dengan spesifikasi ‘killer’ yang digunakan. Jom kita lihat spesifikasi peranti ini.

Rangkaian (Network)

Mi 9 SE dilengkapi dengan semua band LTE – termasuklah band TD-LTE (38 & 40) . Ini bermakna peranti ini menyokong sim YES.

Badan (Body)

Skrin bersaiz 5.97″ dan beratnya sekitar 155 gram. Dilengkapi dengan dual-sim. Jenis skrin yang digunakan ialah Super AMOLED, menyokong hingga 2K pixel dan HDR serta perlindungan Corning Gorilla Glass 5.

Platform

Tersedia dengan MIUI 10 yang berasaskan Android 9.0 Pie. Cipset CPU dari Qualcomm iaitu Snapdragon 712 dengan 8-teras 2.3 Ghz. Cipset ini didatangi dengan GPU iaitu Adreno 616.

Menurut NotebookCheck, cipset ini berupaya menjalankan PUBG Mobile pada 38 FPS untuk tetapan low dan 29 FPS untuk tetapan high.

Memori

Tidak mempunyai ruang untuk SD card . Tetapi ia dilengkai dengan 64 atau 128 GB untuk ruangan storan bersama 6GB RAM.

Kamera

Mempunyai triple kamera pada belakang peranti, di mana;

  • 48MP kamera utama
  • 13MP lensa ultrawide
  • 8MP lensa telefoto

Didatangi dengan dual LED flash, HDR dan panorama. Boleh merekod video pada definisi 2K pada 30 FPS, 1080P pada 30/60/120 FPS dan 720P pada 960 FPS.

Mi 9 SE menggunakan kamera utama dari Sony – dikhabarkan boleh zoom 4x tanpa pecah

Manakala kamera hadapan hanya ada sebuah lensa sahaja dengan 20MP. Mempunya fungsi HDR dan berupaya merekod video pada 1080P dengan 30 FPS.

Bateri

Mempunyai kapasiti bateri sebanya 3070 mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W.

Lain-lain

Tidak mempunyai 3.5mm jack. Dilengkapi dengan pengimbas cap cari pada bawah skin, GPS, NFC dan port Infrared. Segala maklumat penuh boleh didapati di GSM Arena

Kesimpulan

Xiaomi Mi 9 SE bakal dijual di Malaysia secara rasmi dalam beberapa hari. Menurut Xioami Flagship Store di Lazada, Mi 9 SE akan dijual pada 4 Mei nanti dengan harga RM1,499. Dengan harga sedemikian, Mi 9 SE dikatakan peranti yang sangat berbaloi. Sesuai untuk kegunaan harian, di mana spesifikasinya stabil untuk gaming, fotografi dan mobile editing.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker