Berita Teknologi

USA vs Huawei – Google Terpaksa Memulaukan Huawei

Episod drama antara negara besar Amerika Syarikat dan China tiada penghujungnya. Terbaru, Presiden Donald Trump mengarahkan syarikat Google untuk memulaukan Huawei.

Google amat penting untuk setiap peranti Android kerana sistem Android dikuasakan oleh Google. Google terpaksa menamatkan sokongan Android terhadap peranti Huawei.

Ini termasuklah Android versi terbaru, Google Play Store dan Google Play Service. Kesannya, pengguna Huawei tidak boleh membuka dan mengemaskini aplikasi dari Google Play Store.

Namun, pengguna Huawei tidak perlu risau. Sebuah laporan mengatakan Huawei memang sudah bersedia untuk menghadapi situasi sebegini, mereka bakal menukar sistem operasi dan mengajar pengguna untuk flash ROM.

Bijak Tech ingin memberikan sedikit tip apabila Google Play diberhentikan dari peranti Huawei dan tidak dapat mengemas kini aplikasi terbaru.

Baca juga :  Samsung Galaxy A9: Telefon Pintar Quad-Camera Pertama

Justeru, anda perlulah belajar cara memasang aplikasi dari sumber luar. Bukan itu sahaja, anda boleh menggunakan alternatif Google Play Store yang mempunyai fungsi yang sama.

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami