Berita Teknologi

Unlimited Data Internet Serendah RM1 – Xpax Ultra Hour Pass

Xpax kini menawarkan pas data internet tanpa had serendah RM1 sahaja

Celcom Xpax kini menawarkan pas internet tanpa had yang dikenali sebagai Ultra Hour Pass. Pengguna Xpax boleh membeli pas internet tanpa had ini dengan harga serendah RM1 sahaja untuk pas selama satu jam.

Malah, ia turut ditawarkan dengan beberapa pilihan lain seperti RM2 (3 jam), RM5 (12 jam) dan RM8 (24 jam). Pas ini menawarkan internet tanpa had untuk tempoh 1 hingga 24 jam sahaja. Jom kita lihat pelan ini;

xpax ultra hour pass
Pas internet yang berharga RM1 akan membolehkan anda melayari internet tanpa had sepanjang satu jam

Internet tanpa had ini ialah benar dan tidak terselindung, kerana anda boleh melayari internet tanpa had untuk semua aplikasi dan bila-bila masa. Ini bermakna, anda tidak perlu berjaga malam untuk melanggan pas Internet Burung Hantu dan sebagainya.

Untuk melanggan Ultra Hour Pass, anda boleh membelinya melalui aplikasi Celcom Life App ataupun dengan mendail *118#. Disitu juga, anda boleh melihat dan menguruskan akaun anda.

Untuk melihat baki kuota dan tempoh aktif pas, anda juga boleh semak di aplikasi Celcom Life App atau mendail *118*1*1*2#.

Selain itu, pas ini tidak akan diperbaharui secara automatik dan anda tidak boleh mengaktifkan hotspot/tethering sepanjang pas Ultra Hour ini aktif.

Pada masa yang sama, Celcom juga perkenalkan Ultra Pass.

Ultra Pass

Ultra pass adalah berbeza sama sekali dengan Ultra Hour Pass. Ultra pass terdiri daripada pas harian, mingguan dan bulanan. Tujuan pas Ultra ini adalah menawarkan lebih banyak kuota kepada para pengguna. Jom kita lihat pakej yang ditawarkan:

Untuk maklumat penuh, anda boleh lihat di Celcom Xpax. Bagi mengelakkan sebarang kesulitan, anda boleh semak soalan lazim dan juga Terma dan Syarat.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker