Lain-Lain

Tukarkan Earphone Berwayar Kepada Wireless dengan Mudah

Zaman sekarang ni ramai yang memilih earphone tanpa wayar. Hal ini kerana ia mudah dibawa dan disimpan.

Tetapi jika anda masih belum bersedia untuk menggunakan earphone tanpa wayar, anda boleh membeli peranti kecil ini. Ini kerana earphone berwayar tahan lebih lama dan mempunyai kualiti mikrofon yang amat bagus.

Justeru, jika earphone berwayar ini masih penting bagi ada, peranti kecil yang dimaksudkan ialah Atech Micro Bluetooth Receiver yang boleh membantu anda.

Peranti gajet kecil ini boleh menukarkan earphone berwayar kepada wireless dengan mudah. Ringkasnya, masukkan penyambung earphone ke dalam slot 3.5mm jack pada Atech Micro Bluetooth Receiver.

Peranti mudah alih ini masih belum menembusi pasaran Malaysia, tetapi anda boleh mendapatkannya dari laman Jualan Android Authority dengan harga promosi $49 $19.90 sahaja termasuk kos penghantaran antarabangsa.

Baca juga :  Peranti Sony Xperia Yang Akan Menerima Android 10
Back to top button
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami