Berita Teknologi

Storyline – Versi ‘Story’ Pada Spotify Yang Sedang Diuji

Story merupakan fungsi terbaru dalam sosial media seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp. Fungsi ini disambut baik oleh setiap pengguna kerana ia menyediakan platform perkongsian cerita dalam tempoh 24 jam.

Terbaru dari Spotify, mereka perkenalkan fungsi story dengan nama Storyline. Fungsi ini masih di peringkat awal dan sedang diuji.

Fungsi ini membenarkan para artis untuk berkongsi kisah mereka di platform Spotify. Sama ada inspirasi, proses kreatif, perkara di belakang takbir dan sebagainya

Jika Storyline diperkenalkan, pengguna boleh mengikuti perkembangan artis dengan lebih dalam. Sama-sama kita nantikan berita dari Spotify.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker