Berita Teknologi

Redmi K20 Pro – 8 Sebab Mengapa Ia Digelar ‘Pembunuh’

Peranti Terbaru dari Xiaomi Yang Dikatakan Sangat Berbaloi

Xiaomi bakal melancarkan peranti terbaru mereka iaitu Redmi K20 Pro di China. Buat masa ini, ia masih belum sahih sepenuhnya. Khabarnya, peranti ini mempunyai spesifikasi seakan-akan OnePlus 7 yang digemari ramai. Pada harga yang dikatakan berbaloi, Redmi K20 Pro dijangka menerajui kategori pembunuh flagship.

Harga ini telah rasmi dan ia dipaparkan di halaman web mereka. Peranti ini hadir dengan spesifikasi terbaru yang dijana dengan Snapdragon 855. Kapasiti bateri sebesar 4000mAh dan kamera utama 48MP. Ia mempunyai tanda harga pada ~RM1580 bagi variasi 6/64GB dan ~RM1700 bagi 6/128GB serta ~RM1830 untuk 8/128GB. Dan sekarang, 8 sebab mengapa ia sangatlah berbaloi.

8 Sebab Mengapa Redmi K20 Pro adalah Yang terbaik

  • Tanpa takuk dan ia memberikan pengalaman skrin bersaiz penuh

Xiaomi membawakan skrin Super AMOLED bersaiz 6.39″ pada Redmi K20 Pro – ia merupakan peranti pertama dari mereka yang menawarkan skrin penuh tanpa takuk. Skrin ini mempunyai resolusi 1080 x 2340 pixel dan dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 6.

  • Mempunyai pengimbas cap jari pada skrin

Dengan harga di bawah RM2000, Redmi K20 Pro merupakan antara peranti yang termurah yang menawarkan telefon pintar bersama teknologi pengimbasan cap jari di bawah skrin.

  • Dikuasakan oleh cip pemprosesan terbaru dan terbaik

Peranti ini menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 855 – yang dibina oleh Qualcomm untuk telefon pintar kelas atasan. Cip ini sekecil 7nm yang sangat efisien dan menyokong teknologi 5G disamping didatangi dengan GPU Adreno 640. Pemiliknya bakal bermain permainan video pada grafik tertinggi tanpa sebarang masalah.

  • Kombinasi 3 lensa kamera

Peranti ini juga terbaik dalam penghasilan gambar berkualiti tinggi. Hal ini kerana ia hadir dengan lensa dari Sony iaitu IMX 586 48MP sebagai kamera utama. Dan juga 13MP sebagai lensa ultra-lebar dan 8MP sebagai lensa telefoto.

Baca juga :  Huawei Menawarkan Servis Menggantikan Bateri Serendah RM99

Dengan penggunaan lensa kamera berkualiti tinggi dan sistem algoritma kecerdasan kamera yang bagus, ia boleh menghasilkan gambar setaraf telefon mewah yang lain.

  • Kamera hadapan jenis pop-naik

Tidak ketinggalan, Xiaomi menawarkan teknologi terkini pada kamera hadapan bagi Redmi K20 Pro. Ia bertujuan untuk memberikan kepuasan penuh terhadap pengguna yang menggemari skrin penuh tanpa takuk.

Kamera pop-naik ini hadir dengan lensa swafoto 20MP yang didatangi dengan mod kecerdasan buatan dan lain-lain.

  • Reka bentuk premium dan mewah

Menggunakan back-glass berbanding plastik dan rangka aluminium siri 7000. Back-glass tersebut dilindungi dengan Gorilla Glass 5 dan pastinya ia nampak mewah dan selesa dipegang.

  • Teknologi pengecasan pantas

Apabila sesebuah peranti menggunakan cip pemprosesan yang efisien dan cekap tenaga, pastinya ia dapat menjimatkan penggunaan bateri. Mempunyai kapasiti bateri sebesar 4000mAh, pastinya ia tahan lama dan anda boleh bermain telefon sepanjang hari.

Baca juga :  Pengguna Celcom WAJIB Baca ! Internet Unlimited PERCUMA Untuk Korang !

Mereka mengesahkan ia menyokong teknologi pengecasan pantas berwayar sehingga 27W. Namun, ia belum pasti jika pengecas pantas ini hadir sekali di dalam kotak atau tidak.

  • Harga yang rendah

Jika Xiaomi Pocophone F1 merangkumi kategori telefon pintar bajet terbaik untuk tahun sebelum ini, kini mereka bersedia untuk menggantikannya dengan Redmi K20 Pro.

Sama-sama kita nantikan pelancaran Xiaomi Redmi K20 Pro di Malaysia akan datang bersama versi biasa Redmi K20. Bagi anda, adakah anda akan membeli peranti ini ?

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker