Berita Teknologi

Pengguna iPhone di China Bertukar Ke Peranti Huawei

Peminat tegar Apple di China menunjukkan sokongan terhadap Huawei

Sekatan yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat pada beberapa hari lepas membuatkan Huawei terjatuh terduduk. Hal ini kerana kebanyakkan teknologi yang digunakan pada peranti Huawei datangnya dari Amerika Syarikat.

Antara masalah besar yang dihadapi oleh Huawei adalah sistem operasi dan cip pemprosesan, di mana Google menyekat Android pada telefon Huawei dan lesen cip pemprosesan Kirin juga ditarik.

Isu perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China ini lebih hangat selepas Huawei dilarang berurusan dengan mana-mana syarikat dari Amerika Syarikat kerana Huawei didakwa ditaja oleh Tentera China.

Justeru, rata-rata pengguna iPhone di China telah bertukar ke peranti Huawei demi menyokong syarikat tempatan berkenaan. Malah, ada juga peraturan yang dikuat-kuasakan serta merta dari majikan untuk pekerja di China.

Seorang pengurus di kilang modul solar, Wang Zhixin berkata “Terdetik panggilan di dalam hati saya untuk menyokong produk China, terutama dalam perang perdagangan”. Dia merupakan pengguna iPhone 7 selama 3 tahun dan telah bertukar ke Huawei P30.

Huawei P30

Selain itu, bekas peminat tegar Apple, Sam Li yang bekerja di syarikat telekom yang berpangkalan di Beijing mengatakan bahawa ia suatu perkara yang memalukan untuk mengeluarkan iPhone dari poket seluar.

Malah, ada juga majikan yang memberi amaran kepada pekerja mereka yang menggunakan produk Apple. Mereka tidak akan layak untuk dinaikkan pangkat dan bonus tahunan. Walauagaimanapun, ganjaran akan diberikan terhadap pekerja yang membeli dan menggunakan peranti dari Huawei.

Sentimental ini menunjukkan bahawa rakyat China sememangnya menyokong produk dan jenama tempatan. Jika pengguna di serata dunia menggunakan Facebook, rakyat China hanya menggunakan Weibo. Jika pengguna di luar sana menggunakan WhatsApp, rakyat China menggunakan WeChat serta banyak lagi alternatif lain. Semoga peperangan dingin ini akan berakhir dalam waktu terdekat.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker