Berita Teknologi

PC Boleh Lipat ? Tiada Masalah Buat Lenovo !

Lenovo sedang membangunkan sebuah prototaip yang mungkin menjadi gadget terbaik pada masa depan.

Prototaip yang dimaksudkan ialah komputer peribadi yang berupa seperti sebuah laptop, tetapi namanya ialah ‘foldable’ dan tidak dipanggil laptop. Peranti ini masih belum mempunyai namanya, tetapi ia seakan Thinkpad X1 menurut suatu laporan.

Prototaip ini menggunakan skrin OLED 13.3” dari LG, dengan resolusi 2K. Nisbah skrin ialah 4:3.

Jika dilipat ke bawah, ia kelihatan seperti buku ataupun dilipat seperti sebuah laptop – ia akan kelihatan seperti laptop. Manakala sistemnya akan menentukan mod potrait atau landscape secara automatik.

Foldable ini dijana dengan cip pemprosesan dari Intel dengan sistem operasi Windows. Mempunyai slot pengecasan jenis-C dan dikatakan boleh bertahan sepanjang hari.

Baca juga :  Android Q Beta 3 - Sudahkah anda bersedia ?

Manakala spesifikasi dalaman yang lain tidak diberitahu seperti RAM dan storan dalaman.

Ia tidak mempunyai papan kekunci fizikal, kerana ia akan menggunakan on-screen keyboard.


Lenovo berkata prototaip ini telah dibentuk selama 3 tahun sebelum dipertayangkan ke umum beberapa hari lepas. Dan mereka berkata bahawa projek ini akan disiapkan pada tahun 2020.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker