Apa Itu ?Trik dan Tips Telefon Pintar

Kenali Istilah ‘IPX’ Kalis Air Pada Gajet Anda

Peranti kalis air sudah lama diperkenalkan di seluruh dunia, dengan setiap peranti mempunyai tahap kalis air yang tersendiri. Tahap kalis air dikenali sebagai IPX – iaitu Ingress Protection dan juga diketahui sebagai International Protection.

Mana-mana gadget kita nampak sekarang ni semua dikatakan kalis air terutama telefon pintar dan pembesar suara. Dan setiap kotak gadget tersebut tertulisnya ‘IPX-4’ atau ‘IPX-7’ dan kita tak tahu apa ia sebenarnya.

IPX merupakan penilaian terhadap bagaimana ia mampu melindungi peranti daripada air, habuk dan ketahanan impak. Dengan erti ringkas, semakin tinggi penilaian IPX, semakin tinggi keselamatannya.

Jom kita lihat penilaian IPX bagi air dan habuk;

  • IPX-0
Baca juga :  Cara Main 'Call of Duty Mobile' Pada PC Windows Dengan Emulator Rasmi

Tidak menawarkan apa-apa perlindungan terhadap serangan air dan habuk

  • IPX-1

Menawarkan perlindungan daripada air yang dituangkan di atas peranti sekurang-kurangnya selama 10 minit dan daripada objek sebesar 50mm memasuki ke dalam peranti.

  • IPX-2

Menawarkan perlindungan daripada air yang dituangkan di atas peranti, ketika peranti dipusingkan 15 darjah dari semua arah sekurang-kurangnya selama 10 minit dan daripada objek sebesar 12.5mm memasuki peranti

  • IPX-3

Menawarkan perlindungan daripada air yang dituangkan di atas peranti, ketika peranti dipusingkan 60 darjah dari semua arah sekurang-kurangnya selama 5 minit dan daripada objek sebsar 2.5mm memasuki peranti

  • IPX-4

Menawarkan perlindungan daripada percikan air dari semua arah sekurang-kurangnya selama 5 minit dan daripada objek sebesar 1.0mm memasuki peranti

  • IPX-5
Baca juga :  10 Langkah Untuk Menjaga Privasi | Cara Menjaga Privasi di Android

Menawarkan perlindungan daripada percikan air yang lebih ganas (12.5 liter per minit) dari semua arah sekurang-kurangnya selama 3 minit dan kalis habuk

  • IPX-6

Menawarkan perlindungan daripada percikan air yang sangat ganas (100 liter per minit) dari semua arah sekurang-kurangnya selama 3 minit dan kalis habuk yang lebih baik

  • IPX-7

Menawarkan perlindungan daripada air selengkap dan sepenuhnya sehingga 1 meter sekurang-kurangnya selama 30 minit dan kalis habuk selengkapnya

  • IPX-8

Menawarkan perlindungan daripada air yang lebih baik daripada IPX-7. Pengeluar selalunya memberitahu hasil ujian kali air dari segi kedalaman dan tempoh peranti tersebut di dalam air pada label IPX-8. Dan kalis habuk selengkapnya

Harap semuanya jelas belaka dan jangan mudah terpedaya dengan istilah ‘kalis air’ kerana percikan juga merupakan air. Oleh yang demikian, kalis air yang betul adalah IPX-7 dan keatas. Semoga semua tidak merosakkan peranti sendiri secara tidak sengaja dan sebaran artkel ini kepada rakan-rakan yang lain.

Baca juga :  Cara Mengesan Telefon Android Anda (SANGAT MUDAH)
Back to top button
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami