Berita Teknologi

Asus Zenfone 6 – Kamera Pop-Naik Boleh Terbalik

Peranti Asus ini hadir dengan inovasi terbaik

Semalam Asus menunjukkan peranti flagship mereka di Valencia, Sepanyol. Mungkin Asus di Malaysia kini tidak gah seperti dulu, namun peranti ZenFone 6 ini bakal disambut baik dengan kualiti Asus yang semakin bagus.

Kelebihan dan keunikan Asus ZenFone adalah terletak pada kameranya. Ia boleh diterbalikkan dengan sistem bermotor. Membolehkan lensa kamera pada 48MP dan 13MP digunakan untuk berswafoto dan tangkapan biasa.

Sistem ini lebih kepada gimik, dikatakan boleh menjimatkan kos buatan dengan mengurangkan jumlah kamera. Serta, anda boleh berswafoto dengan hasil gambar yang berkualiti tinggi.

Malah, peranti ini tergolong sebagai telefon kelas atasan kerana spesifikasinya yang tinggi. Ia hadir dengan skrin berolusi FHD+ bersaiz 6.4” dan cip pemprosesan Snapdragon 855. Kapasiti RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Jika OnePlus 7 dikatakan definisi sebenar telefon kelas atasan dengan harga berbaloi, Asus Zenfone 6 juga berpotensi untuk mencabar mereka. Dengan harga kedua-dua peranti tersebut dilancarkan pada harga $499 (sekitar RM2’100), Asus Zenfone 6 dikatakan lebih berbaloi.

Baca juga :  Facebook, WhatsApp dan Instagram Sudah Tiada pada Huawei

Kelebihan yang ketara terselah pada kapasiti bateri dan keluasan skrin. Zenfone 6 mempunyai 5000 mAh manakala OnePlus 7 hanya 3700 mAh. Dan juga Zenfone 6 hadir tanpa takuk dan ini bermakna ia adalah skrin penuh.

Bukan itu sahaja, hasil tangkapan gambar dan video pastinya lebih berkualiti pada Zenfone 6 dengan sistem pop-naik boleh lipat bermotor. Akhir sekali, Zenfone 6 membolehkan anda mengecas pada 10W dengan pengecasan terbalik – membolehkan peranti Asus ini menjadi bank kuasa.

Jom kita lihat ulasan berkaitan Asus Zenfone 6:

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami