Apa Itu ?Berita Teknologi

Android Q Beta 3 – Sudahkah anda bersedia ?

Versi Android terbaru ialah Android 10.0 yang dikenali sebagai Android Q. Kemaskini terbaru Android Q Beta 3 telah disambut baik oleh ramai orang.

Android Q menfokuskan pada 3 perkara – inovasi, privasi dan keselamatan, serta digital wellbeing.

Android Q memastikan anda boleh menikmati teknologi terbaru termasuklah 5G, kecerdasan buatan, telefon boleh lipat dan lain-lain lagi. Di samping menekankan privasi dan keselamatan pengguna sebagai keutamaan.

Android Q Beta 3 boleh diuji menerusi telefon pintar dari jenama Huawei, Xiaomi, Nokia, Sony, Vivo, OPPO, OnePlus, ASUS, LGE, TECNO, Essential, dan realme. Untuk senarai penuh, anda boleh lihat Peranti Yang Menyokong Android Q.

Selain itu, Android Q mendatangkan fungsi terbaru yang amat unik – Live Caption. Ia boleh menghasilkan sarikata secara langsung dan automatik tanpa memerlukan sebarang internet. Ia boleh digunakan semasa anda sedang merakam perbualan seseorang.

Android Q juga menyahut tema gelap yang telah menjadi satu ikutan. Bahkan, ia melindungi mata kita daripada cahaya biru berlebihan dari skrin yang boleh memenatkan mata. Tema gelap juga menurunkan kadar penggunaan tenaga bateri.

Untuk makluman penuh berkaitan Android Q, anda boleh lihat Laman Utama Android Q Beta 3.

Baca juga :  Google Play Music akan digantikan dengan YouTube Remix?
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami