Senarai Terbaik

3 Telefon Pintar Raya Terbaik Di Bawah RM500

Adik-adik nak beli telefon pintar sempena raya ini ? Jom lihat senarai 3 ini

Pejam celik pejam celik, raya pun nak menjelang tiba. Adik-adik mesti dah tak sabar nak raya kan ? Artikel ini khas untuk adik-adik kecil ataupun abang-abang di luar sana yang memerlukan telefon pintar pada harga mampu milik. Adik-adik boleh kumpul duit raya dan pilih salah satu peranti yang kami cadangkan.

Harga yang ditawarkan adalah harga rasmi dan pastinya di bawah RM500. Anda juga boleh dapatkan peranti berikut di pengedar pihak ketiga untuk harga yang lebih murah. Sekarang, jom kita lihat 3 peranti bajet terbaik di bawah RM500.

Umumnya, dengan peranti sekitar RM500, spesifikasinya adalah sudah memadai untuk melakukan tugasan harian tanpa sebarang masalah, terutama lagging. Dengan bajet sebegitu, anda boleh perolehi sekitar 2-3GB RAM dan 16-32GB ROM. Manakala ia pasti hadir dengan cip pemprosesan yang bagus, pastinya mempunyai lapan-teras dan kelajuan setiap teras ialah sekitar 1.6 Ghz – 2.0 Ghz.

Baca juga :  3 Telefon Pintar Paling Berkuasa Pertengahan Tahun 2019

3. Samsung Galaxy M10

Samsung Galaxy M10 ini mempunyai skrin sebesar 6.22″ dan hadir dengan sistem operasi Experience 9.5 (Android 8.1 Oreo). Ia hadir dengan cip pemprosesan Exynos 7870 dan pelbagai variasi storan iaitu 2/16GB dan 3/32GB.

Ia mempunyai dua kamera di belakang iaitu 13MP dan 5MP. Tidak mempunyai pengimbas cap jari, tetapi ia didatangi kapasiti bateri yang besar iaitu 3400mAh.

Untuk maklumat penuh dan lebih lanjut, anda boleh lihat Samsung Store : Galaxy M10 yang bermula pada harga RM449 sahaja.

2. Realme C2

Di tangga kedua ialah realme C2, antara peranti terbaru dari realme. Ia hadir dengan skrin bersaiz 6.1″ dan dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 3. Sistem operasi dijana oleh ColorOS 6 Lite (Android 9.0 Pie) dan cip pemprosesan Mediatek Helio P22. Cip tersebut mempunyai 8 teras berkelajuan 2.0Ghz.

Baca juga :  10 Aplikasi Yang Sangat Berguna Bagi Pengguna Android

Selain itu, ia hadir dengan kombinasi storan 2/16GB dan 3/32GB. Ia juga mempunyai 2 kamera belakang iaitu 13MP dan 2MP. Ia tidak mempunyai pengimbas cap jari, tetapi hadir dengan bateri sebesar 4000mAh.

Bagi melihat spesfikasi dan ciri-ciri yang lain, anda boleh lihat realme C2 (Rasmi Malaysia) dan ia bermula pada harga RM429.

1. Xiaomi Redmi 7

Di tempat yang pertama, kami pilih Redmi 7 dari Xiaomi. Hal ini kerana ia mempunyai beberapa kelebihan berbanding Galaxy M10 dan realme C2.

Saiz skrin peranti ini adalah 6.26″ dan dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 5. Ia hadir dengan sistem operasi MIUI 9 (Android 9.0 Pie) dan cip pemprosesan Snapdragon 632 dari Qualcomm. Cip ini juga mempunyai 8 teras yang berkelajuan 1.8Ghz.

Ia hadir dengan pelbagai variasi storan iaitu 2/16GB, 3/32GB dan 3/64GB. Peranti ini juga hadir dengan 2 kamera di belakangnya iaitu 12MP dan 2MP. Malah, ia menggunakan bateri sebesar 4000mAh bagi Redmi 7 ini.

Baca juga :  3 Kamera Telefon Pintar Terbaik 2019 (Setakat Ini) - iPhone 11 ?

Kelebihan Redmi 7 berbanding yang lain adalah ia mempunyai pengimbas cap jari dan juga menyokong teknologi pengecasan pantas. Untuk informasi berkaitan Redmi 7, anda boleh lihat di Mi Malaysia dan harganya bermula pada RM499 sahaja (Xiaomi Rasmi di Lazada).

Kesimpulan

Itu sahaja senarai 3 peranti terbaik di bawah RM500. Nampaknya, Redmi 7 kelihatan berbaloi dengan harga dan spesifikasi yang ditawarkan. Redmi 7 lebih sesuai untuk kegunaan harian dengan kelebihannya. Namun, realme C2 mempunyai cip pemprosesan yang lebih bagus dari segi kelajuan cip , kecekapan tenaga dan juga jenis GPU berbanding Redmi 7. Justeru, pengelaman bermain permainan video lebih puas pada peranti realme C2.

Back to top button
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami