Lain-Lain

Yeah Asia League : E-Sport di Utara, Hadiah dan Lucky Draw berjumlah RM20,000

Yeah Asia League kini datang ke Malaysia untuk menganjurkan pertandingan e-sukan di Utara. Yes! E-Sports Asia Holdings Limited (YEAH) berhasrat untuk menganjurkan pertandingan e-sukan di benua Pan-Asia.

Yeah menfokuskan pasaran di Hong Kong, Macau, Taiwan, Jepun, Korea Selatan, Singapura, Malaysia, Thailand, Vietnam, Indonesia dan lain-lain lagi. Dengan rangkaian yang besar, mereka sedia menawarkan platform terbaik untuk para pemain.

Kali ini, Yeah bekerjasama dengan RedBull Coliseum dan pemain berpeluang memenangi hadiah terkumpul bernilai RM20,000 pada awal bulan Mei ini. Penganjur utama ialah GamesBond dan kejohanan ini disokong oleh ramai pihak.

Kejohanan ini bakal dianjurkan di utara Malaysia yang bertempat di Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Permainan video yang bakal dipertandingkan ialah PUBG Mobile dan FIFA19 Mobile.

Baca juga :  Huawei Mengaku Mereka Meletakkan Iklan Pada Skrin Pengguna

Penganjur Yeah Asia League Red Bull Coliseum ini bakal menyediakan simulator GT Sports Racing dan permainan virtual realiti Beat Saber kepada para pengungjung secara percuma.

Cabutan bertuah juga diadakan oleh mereka pada hari tersebut dari 4 hingga 5 Mei, jatuh pada hari Sabtu dan Ahad. Festival tersebut dibuka pada pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Pertandingan PUBG Mobile

Jumlah yuran yang dikenakan untuk sebuah pasukan adalah RM40. Dan setiap penyertaan akan mendapat 4 tin dari RedBull. Jumlah pasukan yang bakal berentap adalah 100 dan siapa cepat, dia dapat. Tarikh penutupan adalah 2 Mei ataupun sehingga slot penuh.

Jumlah wang untuk dimenangi ialah RM8,000:

  • Juara – RM2,500 setiap pasukan
  • Tempat Ke-2 – RM1,500 setiap pasukan
  • Tempat Ke-3 dan Ke-4 – RM1,000 setiap pasukan
  • Tempat Ke-5 hinga Ke-8 – RM500 setiap pasukan
Baca juga :  Update Terbaharu PUBG Mobile Bakal Digegarkan dengan Zombie!

Sila lihat halaman berikut :

Pertandingan FIFA19 Mobile

Jumlah wang yang disediakan untuk pemenang ialah RM7,000. Setiap peserta akan dikenakan yuran sebanyak RM10 dan akan menerima minuman bertenaga RedBull secara percuma. Slot maksimum ialah sebanyak 256 sahaja.

  • Juara – RM2,500
  • Naib Juara – RM1,500
  • Tempat Ke-3 dan Ke-4 – RM1,000
  • Tempat Ke-5 hingga Ke-8 – RM250
  • Tempat Ke-9 hingga Ke-16 – RM125

Sila lihat halaman berikut:

NOTA

Untuk siapa-siapa yang berminat untuk menyertai pentas arena e-sukan ini, anda boleh hubungi nombor talian berikut melalui aplikasi Whatsapp:

  • 012-517 9320
  • 011-123 79320
  • Webiste : https://gbgamesbond.com
Baca juga :  4 Kamera Android Paling Cun 2018

Dan juga, setiap peserta haruslah ‘check-in’ pada pukul 9 pagi. Bijak Tech menyampaikan selamat maju jaya kepada semua peserta !

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker