Berita Teknologi

WhatsApp, Facebook, Instagram mengalami gangguan teknikal di seluruh dunia.

Facebook, Instagram dan Whatsapp mengalami masalah teknikal.

Gempar seluruh dunia apabila tiga platform media sosial gergasi ini secara tiba-tiba menjadi tidak berfungsi seperti sediakala. Walaupun peranti anda mendapat capaian internet namun, anda tetap tidak boleh mengakses tiga media sosial tersebut.

Antara negara yang terjejas

Malaysia antara negara yang terjejas dari banyak negara termasuk negara Eropah.

Sumber laporan menurut mirror.co.uk mengatakan bahawa ramai orang yang mengadu akan masalah ini ke dalam Twitter memandangkan mereka tidak boleh mengakses media sosial yang utama.

Punca masalah ini masih belum diketahui kerana tiada sebarang pengumuman rasmi dari syarikat gergasi tersebut.

Baca juga :  Kenapa kalau kita guna Waze tapi masih boleh sesat? Mungkin ini puncanya
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami