Berita Teknologi

Tunetalk RM48 : Unlimited Social, Chat & Call + 60GB Data Internet | Pencabar YES & U Mobile ?

Semasa abam melayari Instagram, abam cek la story kawan-kawan. Seperti biasa, iklan akan muncul semasa switching story. Apa yang luar biasa ialah ada satu iklan dari pihak Tunetalk yang saya kagumi.

Mungkin ia merupakan pencabar terbaik bagi pihak U Mobile dan YES. Ini kerana Tunetalk menawarkan internet high speed tanpa cap, line stabil & coverage luas, boleh hotspot dan support semua jenis telefon.

Mereka menawarkan pelan baharu dibawah pek Tunetalk Value Pack yang sangat berbaloi. Ini bermakna, pengguna lama Tunetalk haruslah menaik taraf pek mereka untuk menggunakan pelan data mereka.

Pelan mereka yang sangat berbaloi dan super jimat ialah Tunetalk #SureOne RM48. Adakah ia pencabar kepada U Mobile GX50 dan YES Konfem Unlimited 49? Semestinya ya ! Walaupun Tunetalk RM48 tidak menawarkan unlimited data untuk semua aplikasi seperti mereka, tapi ia amat berbaloi.

Baca juga :  Wi-Fi WPA3 Akan Menggantikan WPA2 Yang Berusia 14 Tahun

Pelan #SureOne RM48 ini dilengkapi dengan:

  • Unlimited Social (iaitu Facebook, Twitter dan Instagram)
  • Unlimited Chat (iaitu Whatsapp, WeChat dan lain-lain)
  • Unlimited Call ke semua rangkaian
  • Unlimited Music (JOOX & lain-lain)
  • 10GB High Speed data
  • 10GB Basic data
  • 40GB Video data (Youtube, Netflix, Tonton dan lain-lain)

Itu adalah salah satu pelan dari pihak Tunetalk dan banyak lagi pelan lain yang ditawarkan:

FREE BONUS Data untuk setahun !

Jika anda pengguna baru Tunetalk, ataupun pelanggan yang ingin port-in, ataupun pengguna Tunetalk yang menaik taraf pek – anda akan terima percums internet data setiap bulan ! Boleh rujuk gambar di bawah:

Kesimpulannya, ia merupakan pilihan terbaik bagi sesiapa yang ingin full speed internet dengan harga yang murrooh. Anda boleh dapatkan sim mereka di myNews berdekatan dan layari TuneTalk untuk maklumat lanjut.

Baca juga :  Teksi terbang tanpa pemandu pertama dilancarkan

Jangan risau jang silu, Tunetalk ini di bawah Air Asia dan anda mampu kumpul points untuk redeem free ticket ! Dan menurut Wikipedia, Tunetalk menumpang coverage Celcom dan ia merupakan satu kelebihan. Ini kerana Celcom merupakan syarikat telekomunikasi yang terbaik dan paling terluas coveragenya di seluruh Malaysia sehingga 95%. Anda boleh semak menerusi Tunetalk Coverage.

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami