Berita Teknologi

Telefon Samsung Galaxy Fold – Skrin Bermasalah

Samsung Galaxy Fold merupakan peranti terbaru keluaran Samsung yang dikatakan gagal kerana tidak beroperasi dengan baik selepas beberapa hari diguna pakai. Telefon pintar ini berharga USD 1950 (~RM 8058) dan bakal dilancarkan dalam beberapa hari lagi.

Menurut pengulas teknologi dari Bloomberg, The Verge dan CNBC, masalah timbul di bahagian skrin peranti sama ada pecah atau berkesan.

Peranti ‘masa depan’ ini akan dijual secara rasmi di Amerika Syarikat pada 26 April dan di Singapura juga.

Samsung juga berkata mereka menerima sedikit laporan mengenai kesan terhadap skrin utama pada telefon boleh lipat mereka. Mereka juga akan menyiasat unit peranti mereka untuk menentukan punca penyebab sedemikian – dan hanya sedikit sampel Galaxy Fold telah diberikan kepada media untuk ulasan.

Penanggalan sekeping lapisan keselamatan pada skrin peranti tersebut juga boleh dikatakan faktor yang boleh memberi kesan kepada peranti boleh lipat ini. Mereka juga akan menyalurkan maklumat ini kepada setiap pengguna dengan tepat dan jelas.

Baca juga :  Redmi Mengesahkan Bahawa Sedang Bekerja Pada Peranti Dengan Kamera 64MP

Menurut Mark Gurman (Twitter: @markgurman), skrin pada unit ulasan Galaxy Fold ini sudah rosak sepenuhnya hanya dalam 2 hari.

Rosaknya bagaikan ombak di atas telefon

Syarikat yang berpengkalan di Korea Selatan ini menghasilkan telefon pintar serba boleh kerana ia nampak seperti telefon pintar yang biasa tapi boleh bertukar menjadi tablet berukuran 18.5cm.

Walaupun mereka tidak berharap peranti ini menjadi model yang ‘laku keras’, mereka pastinya ingin menempah sejarah dengan menghasilkan teknologi yang kreatif – malah bercirikan konsep masa depan.

Menurut Marques Brownlee (Twitter: @MKBHD), ada lapisan yang kelihatan seperti pelindung skrin, namun ia bukanlah pelindung skrin tetapi ia adalah skrin sebenar Galaxy Fold, jangan tanggalkan ia.



Back to top button
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami