Berita TeknologiLain-LainTech

Teksi terbang tanpa pemandu pertama dilancarkan

Dua minggu lalu, kita digemparkan dengan penciptaan protaip kereta terbang yang dipamerkan di Langkawi International Maritime and Aerospace (LIMA 19). Pelbagai sindiran, kecaman dan tidak terlepas juga pujian yang dilontarkan terhadap prototaip tersebut yang dibangunkan oleh syarikat tempatan. Hakikatnya, memang menjadi fenomena dunia sekarang untuk syarikat-syarikat gergasi berlumba-lumba untuk membangukan kereta terbang pertama yang mampu beroperasi sepenuhnya di dunia.

Taxi tanpa pemandu yang diberikan nama EHang dipandu uji di Vienna.

Namun, disebalik perlumbaan ini, Austria dengan kerjasama China mendedahkan projek mereka membangunkan teksi terbang pertama tanpa pemandu! Menurut RT.com, teksi berkenaan yang dikenali sebagai EHang 216 melakukan penerbangan sulungnya di stadium bola sepak Generali Arena. Teksi terbabit dilengkapi dengan 16 buah kipas dan mempunyai berat kira-kira 340 kilogram. Menurut pengasas bersama dron Ehang, Derrick Xiong menyatakan bahawa kenderaan ini mampu bawa sehingga dua penumpang dan mempunyai kelajuan maksima 150 kilometer per jam.

Baca juga :  OnePlus 6T: Telefon Android Bajet Terbaik (2018)

Bayangkan, anda menempah perkhidmatan e-hailing kemudian yang datang bukannya kereta tetapi kereta terbang! Apa pandangan anda?



Muadz Zaidi

Pemuda yang menjadikan impian dan matlamat itu teras kepada setiap gerak hidupnya.
Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker