Apa Itu ?

Spotify Lite – Apa Yang Anda Perlu Tahu

Kini Spotify Lite boleh didapati untuk pengguna Android di Malaysia. Aplikasi ini masih dalam “beta” dan belum dilancarkan secara rasmi, anda boleh memuat turun ia dari Google Play Store.

Spotify Lite merupakan aplikasi yang ideal untuk rakyat marhaen Malaysia, kerana Spotify Lite dibina untuk telefon pintar berspesifikasi rendah. Ini bermakna, ia hanya makan sedikit ruangan storan, RAM dan mungkin juga kuota internet.

Sebelum ini, hanya beberapa negara di luar sana yang boleh menguji aplikasi beta ini. Kini, kita di Malaysia pun boleh, tak perlu pakai VPN bagai.

Mungkin juga, aplikasi Spotify Lite ini dibina untuk pengguna Android Go – iaitu perisian operating system yang sangat optimum untuk telefon pintar jenis low-end. Selain daripada itu, pihak Spotify turut menyertakan sokongan kawalan penggunaan data – dimana anda boleh mengehadkan jumlah data yang boleh digunakan pada sesuatu bulan.

Disebabkan Spotify Lite ini mementingkan ruangan yang kecil, mungkin kualiti audio akan di-compresskan, ini bermakna kualiti audio tidak sama seperti aplikasi Spotify yang biasa.

Baca juga :  Apa itu TV 4K?

Jika anda berminat dengan Spotify Lite, anda boleh dapati terus dari Google Play Store:Spotify Lite.

An-Naim Jamhari

Pengasas Bijak Tech, minat dalam dunia teknologi, baik dan hensem.

Check Also

Close
Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker