Apa Itu ?Berita Teknologi

Snapdragon 855 – Cipset CPU Untuk Peranti ‘High-End’ dari Qualcomm

Pada waktu ini, anda mesti nampak banyak model telefon pintar terbaru yang menggunakan cipset CPU dari Qualcomm iaitu Snapdragon 855. Malah, khabar angin berkaitan model telefon pintar yang bakal dilancarkan juga menggunakan Snapdragon 855.

Sudah pastinya, telefon pintar terkini pastilah ‘high-end’ dan persoalannya, mengapa pengeluar memilih Snapdragon 855?

Pertama sekali, cipset CPU dari Qualcomm iaitu siri 800 dibina untuk model high-end. Seperti sebelum ini, Snapdragon 845 merupakan cipset yang hebat dan dipilih oleh Xiaomi Pocophone F1, OnePlus 6T dan lain-lain.

Kini, Snapdragon 855 merupakan versi yang lebih baik berbanding 845 sehingga 25%. Jom kita lihat spesifikasi kedua-duanya:

Snapdragon 845

Smapdragon 855

Apa yang kita nampak, saiz cipset Snapdragon 855 adalah lebih kecil iaitu 7nm. Ini bermaksud, lebih kecil saiz cipset, lebih tinggi kadar kecekapan dan lebih efisien. Hasilnya, suhu peranti lebih rendah ketika ‘overload’ dan bateri tahan lebih lama.

Baca juga :  Huawei Mate 20 Pro Bakal Kembali ke Pangkuan Android

Qualcomm masih mengekalkan 8 teras , cuma perbezaan laju base-clock setiap teras adalah berbeza.

Manakala GPU bagi Snapdragon 855 ialah Adreno 640 dan Adreno 630 bagi Snapdragon 845. Dalam konteks ini, Qualcomm menganggarkan kenaikan pretasi sekitar 20%. Ini amat bagus untuk grafik semasa anda bermain permainan video.

Hasil Antutu Benchmark. Kredit: Android Authority

Selain itu, lebih banyak fungsi terbaru yang diperkenalkan pada Snapdragon 855. Antaranya ialah keupayaan untuk merekod video berolusi 8K dan 360 darjah. Untuk senarai fungsi penuh dan lain-lain, anda boleh buka Qualcomm.

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker