Apa Itu ?Berita Teknologi

Shopee Live – Apa Yang Korang Perlu Tahu

Shopee memperkenalkan Shopee Live pada kemaskini terbaru

Shopee Malaysia kini telah mengemaskini aplikasi mereka dan mewujudkan satu fungsi iaitu Shopee Live. Seperti Astro Go Shop dan CJ Wow Shop, anda boleh lihat review dan cara penggunaan secara langsung.

Cuma apa yang unik dengan Shopee Live, anda boleh berkomunikasi dengan hos strim melalui komen – seperti Instagram Live dan Facebook Live. Malah, anda boleh bertukar-tukar sesi Shopee Live dan tak perlu tonton produk yang anda tak minat, tidak seperti Astro GO Shop di mana anda dipaksa tonton satu produk pada satu masa.

Shopee Live merupakan satu penyelesaian yang terbaik untuk meyakini penonton untuk membeli barang secara online dengan menunjukkan cara penggunaan, ulasan dan lain-lain oleh penjual.

Baca juga :  Jenama Motorola kian lesap, namun kuasa besar di Amerika Latin

Setelah puas mendengar pencerahan oleh penjual, anda boleh pergi ke halaman produk tersebut dengan menekan butang pada bahagian atas kiri skrin.

Fungsi terbaru Shopee Live ini hanya wujud di aplikasi Shopee sahaja – sama ada Android dan iOS. Manakala fungsi ini tidak tersedia buat pengguna browser dan komputer.

Namun, pihak Shopee Malaysia masih belum mengumumkan fungsi terbaru ini sama ada di Facebook dan Youtube. Walaubagaimanapun, anda boleh lihat preview Shopee Live dari Shopee Indonesia:

 

Jom, kita lihat screenshot Shopee Live (Malaysia):

Ha adakah ia merupakan satu fungsi yang bagus buat kita ? Berikan sedikit pendapat anda di ruangan komen.

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami