Berita TeknologiTrik dan Tips Telefon Pintar

Lenovo Bakal Buat ‘Comeback’, smartphone hadir cecair penyejuk setaraf PC

Satu jenama China yang dulu gah dalam kalangan masyarakat Malaysia, terkenal dengan telefon kos bajet namun menyepi tenggelam ditelan jenama-jenama smartphone lain. Namun kini, dikhabarkan mereka rupanya bukan menyepi yang sia-sia namun menyusun projek untuk kembali bersaing.

Gambar Z6 Pro yang dimuat naik di laman Weibo

Dikatakan menurut Gizmochina, Lenovo sedang membangunkan peranti berkuasa yang diberi nama Z6 Pro yang hadir dengan ciri hebat seperti cecair penyejuk yang dipasang di dalam setaraf dengan penyejuk komputer. Ia berperanan mengekalkan suhu peranti pada suhu asal dan meningkatkan prestasi sebaik mungkin. Z6 Pro ini juga dipasang dengan chipset Qualcomm Snapdragon 855 dan menyokong rangkaian 5G.

Antara bayang bagaimana sistem teknikal dalaman yang turut memaparkan cecair penyejuk.

Peranti ini juga mempunyai kamera yang mampu menangkap gambar 100-megapiksel, sebuah kamera yang sangat berkuasa bagi telefon pintar.

Baca juga :  Spotify 'reset' Semula Password Akaun Penggunanya.

Esekutifnya berkata beberapa keping gambar peranti Z6 Pro ini telah pun disebarkan dalam laman sosial China, Weibo dan pembentangan rasmi bakal diadakan pada 26 April ini di China.

Berdasarkan gambar yang dimuat turun itu, kelihatan terdapat sehingga 4 sensor kamera dan 48 megapiksel kamera utama. Apabila digabungkan, peranti ini boleh menangkap gambar yang sangat besar resolusinya sehingga 100-megapiksel!

Harga rasmi yang dilancarkan ialah sebanyak RM1,700.

Empat kamera sensor yang menyokong kamera utamanya 48-megapiksel

Back to top button
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami