Apa Itu ?Trik dan Tips Telefon Pintar

JomParking – Solusi Parking Terbaik di Hujung Jari

Sistem Pembayaran Parking Digital

Antara masalah yang kita hadapi setiap hari ialah masalah tempat letak kenderaan. Nak pergi kerja, nak pergi membeli belah atau kemana-mana pun – kini lebih mudah dengan JomParking.

JomParking merupakan solusi parking terbaik untuk kehidupan seharian. Ia merupakan langkah yang mudah dan cepat untuk mencari tempat letak kereta dan membuat pembayaran di hujung jari.

Parking mempunyai 2 kategori, iaitu Street Parking dan Off Street Parking. Street parking ialah tempat letak kenderaan di sekitar bahu jalan, manakala off street parking merupakan tempat letak kenderaan bukan di bahu jalan – contohnya di dalam bangunan.

Kebiasaannya, street parking memerlukan anda membayar wang pada mesin pembayaran. Dan off street parking memerlukan anda mengambil tiket, lalu beratur panjang untuk bayar semasa ingin beredar. Dengan JomParking, segalanya lebih mudah.

Baca juga :  Cara Main Game PSP Di Android | PPSSPP Emulator (MUDAH JE)

Street Parking

Tempat letak kenderaan di bahu jalan kadangkala merumitkan. Kita perlu bayar di bawah panas matahari dan lebih teruk lagi jika terlupa bawa wang kecil.

Masalah yang mungkin dihadapi oleh semua orang ialah kesukaran menambah masa parking dan terlupa tempoh masa yang dibayar.

JomParking akan memastikan anda mempunyai token yang cukup dan beri notifikasi jika tempoh parking hampir tamat. Berikut langkah-langkah untuk street parking;

1. Pilih Lokasi

2. Pilih kenderaan

3. Pilih tempoh parking

4. Ketik ‘Park Now’

Off street parking

Apa yang merumitkan tempat letak kenderaan di dalam bangunan ialah penggunaan tiket. Tiket biasanya boleh hilang ataupun hancur dan ini boleh merugikan diri sendiri. Malah, beratur panjang ketika ingin melakukan pembayaran parking ketika ingin beredar.

Baca juga :  Cara Root Telefon Android 2018 [Tanpa & Dengan PC]

Kelebihan JomParking berbanding Touch N Go ialah kita boleh lihat baki token dan tempoh masa parking anda. Berikut cara-cara menggunakan JomParking pada off street parking.

1. Pilih Lokasi dan ketik “Show QR Code”.

2. Tunjuk kod QR tersebut pada pengimbas JomParking (seperti menggunakan kad Touch N Go)

3. Tiang penghalang akan terbuka dan letak kenderaan anda seperti biasa.

Semasa ingin keluar, anda perlu membuat pembayaran;

1. Ketik pada tab ‘Active’ dalam aplikasi JomParking

2. Ketik “Pay and Exit” untuk membuat pembayaran.

3. Kod QR akan terhasil dan gunakannya untuk beredar dari premis.

Bagaimana nak tambah nilai ‘token’ ?

1. Ketik pada tab ‘Top Up’ dan pilih amaun token. Setiap 100 token berharga RM1.00

Baca juga :  Cara Lajukan Internet | Trik Lajukan Internet

2. Pilih kaedah pembayaran untuk melakukan transaksi (melalui Online Banking/Card)

3. Token akan dikreditkan secara automatik setelah pembayaran dilakukan.

Harga pembayaran dengan JomParking adalah sama dengan terminal parking tersebut (tiada cas tambahan).

Aplikasi JomParking boleh dimuat turun secara percuma untuk Android dan iOS. Untuk lokasi dan maklumat penuh, anda boleh dapatkannya di JomParking.

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami