Berita Teknologi

Huawei P30 – Telefon Pintar ‘Gergasi’ dengan 40MP Kamera

Pada bulan March lepas, Huawei telah mengumumkan peranti keluaran baru mereka iaitu Huawei P30. Peranti raksasa ini akan masuk ke pasaran Malaysia dalam beberapa minggu lagi. Apa yang pastinya, anda boleh beli telefon pintar ini pada hujung bulan April 2019.

Telefon pintar ini mempunyai harga sekitar 680 Euro di eropah sana, iaitu RM3’116.51. Harga muktamad telefon ini akan diumukan oleh Huawei Malaysia semasa pelancarannya kelak. Tapi di Lazada Huawei Flagship Store, mereka menawarkan pre-order pada harga RM2,699 dengan freegift bagi pembeli yang terawal.

Marilah kita terokai spesifikasi telefon gergasi ini, adakah ia berbaloi dengan harganya yang amat ‘menggerunkan’ ? Jom.

Rangkaian

Apa yang pastinya, telefon pintar zaman kini akan support TD-LTE di mana ia amat stabil dan laju. Telefon yang support TD-LTE ini amat penting kalau kita mahu menggunakan khidmat telekomunikasi yang menawarkan pakej yang berbaloi, contohnya YES. Anda boleh tengok pelan unlimited data mereka serendah RM30 di sini.

Baca juga :  Anti Virus kini tidak lagi percuma!

Reka bentuk

Mempunyai skrin seluas 6.1 inchi dan mempunyai 1080×2340 pixel. Skrin Huawei P30 ini adalah fullscreen dan mempunyai top notch yang kecil – yang memberikan anda skrin yang luas, tanpa butang dan hanya sedikit ‘pengacau’ (top notch).

Jenis skrin yang digunakan adalah OLED, mempunyai 3 kamera di belakang dan 1 di hadapan.

Warna body telefon yang amat prmeium dan’classy’, dan senipis 7.6mm.

Platform

Huawei P30 ini dilengkapi dengan EMUI 9.1 iaitu dari versi Android 9.0 (Pie). Cip pemprosesan CPU yang mereka gunakan ialah HiSillicon Kirin 980 (7nm)

Merupakan CPU Octa-core iaitu 8 teras – 2×2.6 GHz, 2×1.92 Ghz, dan 4×1.8 Ghz. Cip grafik GPU yang digunakan ialah Mali-G76 MP10.

Daripada kuasa CPU terbabit, anda mampu edit video, compress/extract fail dengan pantas dan bermain game tanpa lagging. Dengan GPU Mali-676 MP10, ia akan memastikan anda mampu bermain pada high-setting graphic tanpa sebarang dugaan.

Baca juga :  Grab - Tiada Swafoto Bermakna Tiada Perjalanan Untuk Anda

Jumlah RAM ialah 6GB ataupun 8GB , dan jumlah ROM ialah 64/128/256 GB. Dengan jumlah ruang yang besar gedabak ini, anda mampu multi-tasking aplikasi banyak-banyak.

Kamera

Mempunyai 3 kamera di belakang telefon dengan fungsinya tersendiri. Kamera pertama adalah jenis wide pada 40MP, bapak besar ! Seterunsya adalah ultrawide pada 16MP dan kamera telephoto iaitu 8MP yang memberikan kesan depth ataupun mod potrait.

Mereka gunakan lensa dari Leica, iaitu pakar lensa kamera di dunia. Kamera mereka amat canggih dan lensa mereka mempunyai banyak lapis. Dengan software kamera Huawei yang canggih bersama 40MP kamera, hasilnya pasti setanding kamera DSLR.

Telefon ini juga mampu merakam video pada 2K Full HD. Sangat sesuai untuk vlogger yang perlukan peranti perakam yang kecil dan hebat.

Kamera hadapan pula hanya sebiji lensa sahaja iaitu pada 32MP dan support video 1080 HD.

Lain-lain

Peranti ini menggunakan USB jenis Type-C. Ini bermaksud anda mampu cas telefon anda dan pindah fail dengan lebih berdesup-desup dup.

Baca juga :  #UCubaTry dari U Mobile : Pelan P99 Trial Untuk 7 Hari

Fingerprint pula terletak dibawah skrin – yang sangat nampak premium. Bahkan, sistem fingerprint mereka amat hebat kerana mampu unlock skrin dalam beberapa detik sahaja.

Bateri yang mereka pilih ialah jenis tertanam, iaitu pada 3650 mAh. ia support fast charging iaitu 22.5W. Telefon ini juga dilengkapi sistem Dolby Atmos yang mampu memberikan anda audio full HD.

Pilihan Warna yang ditawarkan ialah Aurora, Amber Sunrise, Breathing crystal, Black dan Pearl white.

Kesimpulannya, telefon ini serba lengkap dari A-Z, sesuai untuk gamer mahupun jurukamera amatur. Apa yang tertera diatas adalah spesifikasi bagi Huawei P30. Mereka juga menghasilkan siri P30 yang lain iaitu P30 Pro dan P30 lite. Anda boleh semak spesfikasi penuh di GSM Arena. Berikan komen anda di bawah, adakah ia berbaloi atau tidak ?

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami