Lain-Lain

Harga Myvi di Singapura 4 Kali Ganda Lebih Mahal ?

Setelah setahun lebih Myvi terbaru dari Perodua dilancarkan, kini Perodua Myvi telah dibawa masuk ke negara jiran – iaitu Singapura. Apa yang mengejutkan, harga yang diletakkan ialah 3 kali ganda lebih mahal ! Namun, kereta ini disambut baik oleh rakyat disana – lebih 250 ribu pelanggan di Perocom Auto, Singapura.

Sebanyak dua variasi yang ditawarkan iaitu model 1.3X AT serta model dengan spesifikasi lebih tinggi iaitu 1.5H AT. Harga Perodua Myvi yang ditawarkan di Singapura bagi model 1.3X AT ditawarkan dengan harga S$64,800 (RM197,093) manakala 1.5H AT dengan harga S$69,800 (RM212,301). Harga yang dinyatakan termasuk GST serta cukai yang diletakkan oleh kerajaan Singapura.

Baca juga :  Update Terbaharu PUBG Mobile Bakal Digegarkan dengan Zombie!

Adakah Ia Mahal di Singapura? Jawapannya tidak, kos sara hidup di sana dan Malaysia lebih kurang juga. Ini bermakna harga kereta di Singapura hanya sedikit mahal, cuma yang nampak mahal cumalah pertukaran wang.

Kemeriahan model Perodua Myvi diatas jalan raya Malaysia sudah pasti menjadi sebab utama kereta ini dieksport keluar negara. Malah, kereta ini sudah ada di pasaran Indonesia yang dikenali sebagai Daihatsu Sirion. Adakah Perodua Myvi ini merupakan model yang paling berjaya di Malaysia ?

An-Naim Jamhari

Pengasas Bijak Tech, minat dalam dunia teknologi, baik dan hensem.
Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker