Berita Teknologi

Digi Perkenalkan Home Fibre – Kelajuan 50Mbps Serendah RM99/Bulan

Digi sekarang bukan biasye-biasye boskuu, mereka menawarkan pelan fibre untuk kediaman dengan kelajuan sehingga 50Mbps serendah RM99 setiap bulan. Mereka menawarkan servis ini dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP).

Pelik bukan bagaimana TNB boleh membantu Digi ? Sebenarnya, TNB mempunyai kabel optik di setiap wayar elektrik yang bertujuan untuk mengesan kebocoran elektrik dan sebagainya. Dengan kerjasama TNB dan Digi bagi menyahut NFCP, 98% kawasan di Malaysia bakal mempunyai liputan kabel optik untuk Home-Fibre.

Kini, Digi sudah melebarkan Digi Home Fibre ke beberapa kawasan terpilih seperti Bandar Sunway, Bangi, Kajang, Rawang, Shah Alam dan Subang.

Dengan internet berkelajuan 50Mbps, anda mampu bermain game tanpa lag dan strim video HD setiap hari. Malah, pakej lain juga disediakan sehingga 1Gbps. Setiap pelanggan Digi Home Fibre akan terikat pada 24 bulan kontrak. Untuk penamatan servis ketika di dalam tempoh kontrak, anda akan dikenakan bayaran penalti sebanyak RM500.

Baca juga :  Promosi 62GB Percuma dari Hotlink kini Kembali !

Untuk melanggan Digi Home Fibre, anda mestilah warganegara Malaysia atau bukan warganegara yang menetap di dalam Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas, layak melanggan Digi Home Fibre serta menetap di dalam liputan Digi Home Fibre.

Tiada deposit dikenakan kepada warganegara Malaysia yang bukan pelanggan semasa Digi. Manakala untuk bukan warganegara, anda hendaklah membayar deposit RM500 ketika mula melanggan. Deposit ini akan dipulangkan semula selepas penamatan servis.

Pemasangan adalah percuma dan anda akan mendapat router bernilai RM250 juga secara percuma. Quota adalah tanpa had tetapi anda akan diikat dengan kontrak selama 2 tahun. Untuk maklumat penuh, anda boleh pergi ke Digi Home Fibre.

Baca juga :  Realme 3 Pro Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Pada 14 Mei
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami