Trik dan Tips Telefon Pintar

Aplikasi Chrome Terbaru mempunyai fungsi Dark Mode dan Cara Mengaktifkannya

Dark mode dikatakan mempunyai banyak manfaat tersendiri

Youtube telah lama mempunyai mod gelap (dark mode) pada aplikasi telefon pintar. Kini, Google memperbaharui aplikasi Chrome pada telefon pintar dengan ciri mod gelap. Sebelum ini, fungsi ini diperkenalkan pada Windows terlebih dahulu dan Pembaharuan lain dalam Chrome 74. Namun, ia tidak diaktifkan secara automatik dan pengguna haruslah mengaktifkannnya secara manual.

Terlebih dahulu, sila pastikan aplikasi Chrome anda adalah versi terbaru. Setelah itu, buka Chrome dan taip “chrome://flags” ataupun tekan sini. Ia akan membawa kamu pergi ke bahagian tetapan untuk pengaktifan mod gelap.

Seperti yang anda nampak, terdapat satu bar carian iaitu ‘Search Flags’. Mudah sahaja, anda perlu

  • taip ‘Dark Mode‘ pada bar carian tersebut.
  • pergi ke Android Chrome UI dark mode
  • ketik pada butang pilihan – tukar Default kepada Enabled
  • Selepas penukaran tetapan dibuat, ketik ‘Relaunch Now‘ untuk membuka semula Chrome
  • Seterusnya, anda cuma perlu pergi ke tetapan Chrome dan hidupkan Dark Mode.
Baca juga :  Cara Install APK dan OBB Android [NEW UPDATE]

Mudah sahaja untuk mengaktifkan mod gelap ini. Mod gelap dikatakan boleh menjimatkan bateri dan menurunkan kadar pengcahayaan skrin. Justeru menjimatkan penggunaan elektrik dan menjaga kesihatan penglihatan.

Jika anda masih belum faham, anda boleh tonton video di bawah:

Back to top button
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami