Lain-LainPerbandinganSenarai Terbaik
Viral

Bosan Guna Grab? Ini Senarai 3 e-hailling Ganti yang Sesuai!

 

Tahukah anda mulai bulan April ini, Syarikat e-hailing ternama, Grab akan memperkasakan caj penalti sekiranya anda membatalkan tempahan anda. Dikatakan caj tersebut bermula RM3.00 sehingga RM5.00 bergantung pada jenis perkhidmatan Grab yang anda pesan. Sudah tentu ianya akan merugikan anda sebagai pelanggan bukan? Iyalah, mana tabu kadang-kadang kita ada hal yang tak dapat nak dielakkan dan terpaksa batalkan pesanan, tetiba kena caj pula!

Adapun pernah tak korang rasa caj perkhidmatan Grab semakin mahal atau bosan menggunakan Grab nak cuba servis e-hailing yang lain pula tapi takut dan tak tahu yang mana yang bagus?

Meh BijakTech senaraikan 3 perkhidmatan e-hailing yang patut korang cuba di Malaysia ini.

 

Mula

Pernah dengar tak Mula? Haa, Mula ini dah lama juga bertapak di Malaysia. Apa yang lainnya Mula ni berbanding Grab?

 
  • Mula Pink Driver

Jangan risau, jangan gundah pada pengguna wanita yang risau akan keselamatan mereka. Dengan Mula, anda boleh memilih perempuan sebagai pemandu anda. Sudah selamat bukan?

 
  • Mula Favourite Drivers

Kekadang anda dapat driver yang baik, peramah sampai anda terpikat dengannya? Haa, dengan Mula anda boleh senaraikan si dia (pemandu tu la) sebagai pemandu kegemaran anda! Apa istimewa pemandu kegemaran ini? Anda boleh request dia untuk jadi pemandu anda pada trip-trip yang berikutnya. Menarik kan?

Baca juga :  Tiga Phone Gaming dengan Prestasi yang Mengagumkan dan Pasti Menyelamatkan Poket Anda!

 

Tapi malangnya Mula ini juga mengenakan caj penalti sebanyak RM5.00 bagi pelanggan yang membatalkan pesanan perkhidmatan dan servisnya sekarang hanya terhad di Lembah Klang, Penang dan Johor sahaja.

 
 

EzCab

Dengan menggunakan EzCab, anda bukan sahaja boleh tempah perkhidmatan kereta sahaja, tetapi juga teksi bermeter atau kenderaan dengan 9 tempat duduk.

  • Pembayaran yang mudah!

Selain itu EzCab juga menawarkan pembayaran yang lebih mudah! Iaitu bukan sahaja anda boleh bayar menggunakan tunai tetapi EzCab juga menerima Boost, Touch n Go e Wallet, Alipay dan Wechat Pay. Tak payah pening dah jika tiada duit dalam dompet!

 

MyCar

Sejak penggabungan, kami telah melihat pam MyCar sehingga pemasarannya untuk pengguna

Baca juga :  AirAsia Kini Lebih Murah Dengan Memansuhkan Yuran Pemprosesan

Bagi driver, mereka tidak perlu risau kerana kaunter pendaftarannya dibanjiri dengan hampir 2,000 bekas pemandu Uber di seluruh Malaysia.

Berikutan permintaan itu, MyCar telah membuka kaunter pendaftaran di ibu pejabat mereka di Setia Alam untuk membantu pemandu mendaftar sehingga jam 11 malam.

Berdasarkan fakta ini sahaja, mungkin kelihatan bahawa MyCar boleh berkembang menjadi pesaing yang kuat untuk Grab. Ia juga menjadikannya sebagai “daya e-hailing ke-3” di Malaysia.

MyCar jelas dimodelkan dengan Uber dan Grab. Pengguna boleh menjejaki tempat pemandu mereka, mesej mereka semasa mereka sedang dalam perjalanan dan boleh memilih untuk membayar menggunakan tunai atau kad.

Buat masa ini, mata jualan seperti yang disenaraikan di laman web termasuk:

  • Harga tetap
  • Tiada bayaran tambahan untuk trafik
Baca juga :  JANGAN Guna Pengecas USB Jenis Ini!

Laman web MyCar juga menyenaraikan tarif tambangnya, dan pandangan sepintas lalu ulasan menunjukkan bahawa tambangnya boleh berjalan sama ada lebih murah atau lebih mahal daripada Grab.

Memandangkan ia adalah lebih muda daripada pesaingnya, jelas bahawa syarikat ini mempunyai beberapa kerap untuk bekerja dari segi antara muka pengguna, tetapi itu kisah biasa semua syarikat teknologi.

Jadi mana satu yang menjadi pilihan anda?

Back to top button
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami