Berita Teknologi

Battle Royale di Dunia Sebenar ?!!

Seorang jutawan misteri telah mengemukakan cadangan untuk menjadikan permainan Battle Royale ini menjadi realiti. Keghairahan permainan video terutama PUBG, Fortnite dan APEX Legends dalam kategori Battle Royale ini amat menakjubkan.

PUBG merupakan permainan video yang paling popular dalam kategori Battle Royale

Di website Hush Hush, seorang individu sedang mencari pihak yang mampu menjayakan Battle Royale ini menjadi realiti. Permainan ini dikatakan akan dianjurkan di sebuah pulau dan hanya akan ada seorang pemenang pada akhirnya, seperti permainan video Battle Royale.

Fortnite juga mempunyai pemain di serata dunia

Walaubagaimanapun, permainan ini akan patuh undang-undang dan sealamat untuk disertai – ini bermakna peserta tidak perlu membunuh peserta lain. Setiap peserta akan dibekalkan pistol Airsoft dan akan ‘terbunuh’ jika mereka ditembak oleh peserta lain. Pertandingan ini akan berlangsung selama 12 jam sehari untuk 3 hari. Makanan dan senjata turut akan ditempatkan di serata pulau untuk peserta ‘loot’.

APEX Legends merupakan permainan video Battle Royale yang sedang melonjak naik

Namun, ianya masih di peringkat perbincangan dan pemenang akan memenangi hadiah utama sebanyak USD130,000 (~RM530,000).

Baca juga :  Terbaru dari Spotify: Anda Boleh Block Artis Yang Anda Benci !

Pihak Hush Hush berkata ada seorang jutawan yang telah mendekati mereka untuk mewujudkan pertandingan ini, dan pihak Hush Hush sedang mengumpulkan pakar-pakar dan developer untuk merangka pelan Battle Royale ini. Anda boleh maklumat lebih lanjut di sini.

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami