Lain-Lain

Jom Sertai Kejohanan e-Sport Kampus Terbesar di Malaysia !

Berita terbaik untuk gamer di luar sana ! Ada ‘barang baik’ di serata Malaysia kerana ‘mereka’ akan mengadakan pertandingan e-Sukan dan akan menawarkan hadiah !

Siapa pula ‘mereka’ ? XPAX Kejohanan E-sukan Kampus adalah satu kejohanan e-sukan yang dianjurkan oleh My Game On dan Kitamen untuk memupuk semangat kesukanan dan melahirkan bakat-bakat e-sukan baru tanah air selain mendidik dan mendedahkan para pelajar tentang industri e-sukan dan juga gaming

Setiap pelajar atau pasukan perlulah mendaftarkan diri atau pasukan di zon dan negeri terletaknya kampus yang dipelajarinya. Dan pertandingan ini hanya terhad kepada pelajar kampus sahaja.

Pertandingan e-Sport ini bakal dianjurkan di sekitar Malaysia, dan anda boleh lihat foto dibawah:
xpax-kek location map
Game yang bakal dipertandingkan ialah:

  • Mobile Legends Bang Bang : Pendaftaran sudah ditutup
  • Dota 2 : Pendaftaran masih terbuka
  • PES 2019 : Pendaftaran masih terbuka


Nota: Sila klik pada gambar untuk mendapatkan info lebih lanjut dan pendaftaran

Dan berikut ialah maklumat berkaitan waktu pendaftaran dan pertandingan.

 Bagi pembaca dari Bijak Android yang bakal memasuki pertandingan tersebut, kami mengucapkan Selamat Maju Jaya !

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker