Apa Itu ?Trik dan Tips Telefon Pintar

Google Photos: FREE Tapi Sangat Hebat !

Dalam setiap telefon Android yang wujud, memang siap pasang Google Photos. Tapi pernahkah kita buka aplikasi ini? Pada pendapat saya, kebanyakkan manusia tidak akan buka Google Photos, tapi Gallery.

Tahukah anda bahawa Google Photos ini lagi hebat berbanding Gallery biasa dalam telefon awak tu? Kepada yang belum tahu, ha teruskan membaca.

Pengalaman menggunakan Google Photos amat bagus, bukan sahaja percuma tapi sangat hebat kerana mempunyai ciri-ciri premium.

Unlimited Cloud Storage, dan ia PERCUMA
Macam tak percayakan ? Cloud storage ataupun ruang storan di dalam awan (online) ditawarkan kepada semua orang dengan unlimited space dan percuma. Itulah Google, baik hati kepada pengguna serata dunia.

Maka, anda boleh upload gambar anda dan video ke dalam cloud tanpa apa-apa bayaran dan ia unlimited. Bagi gambar 16 megapixel ke atas dan video 1080p, ia akan menggunakan ruang Google Drive akaun Google anda.

Kelebihan upload gambar ke dalam cloud ialah gambar anda tidak akan hilang dan boleh akses gambar anda dari telefon lain. Jika tak faham, Instagram merupakan satu contoh cloud yang menyimpan gambar anda.

Untuk upload gambar anda ke dalam cloud melalui Google Photos, anda perlu enable “Back up & sync” di dalam setting telefon sahaja.
Maka, internet anda akan digunakan semasa upload gambar ke dalam cloud. Lebih baik jika anda menggunakan Wifi bagi proses ini, tapi zaman sekarang, who needs wifi kalau data pun unlimited ?

Fungsi Bin
Seperti yang ada tahu di Windows iaitu Recycle Bin, ia bertujuan untuk mengumpulkan segala fail yang anda padam. Maka, anda boleh recover balik gambar yang terpadam dengan fungsi BIN.

Begitu juga di Google Photos, ia menawarkan fungsi Bin bagi kepentingan anda sendiri. Maka anda tidak akan kehilangan gambar secara sengaja.

Mudah sahaja, anda hanya perlu pilih gambar yang diminati dan tekan “Move to the bin”. Semudah ABC!
Teknologi Auto-group
Jika anda pakai launcher seperti APUS dan sebagainya, pasti ada fungsi auto-group. Di mana ia mengasingkan kumpulan aplikasi mengikut fungsinya. Contohnya Facebook, Whatsapp dan Instagram akan diasingkan ke group Social Media.
Bijak seperti Google, aplikasi Photos ini mampu mengasingkan gambar yang mempunyai wajah yang sama bagi kemudahan pencarian gambar pengguna secara teratur.

Free up device storage
Jika gambar anda telah berada di dalam cloud, pasti ia tidak berguna lagi dalam telefon kita. Maka, anda boleh buang gambar yang telah dimuat naik ke dalam cloud dengan satu klik.
Editing Pictures
Semestinya ya ! Google Photos dilengkapi dengan editing bagi kepuasan anda. Walaupun ia agak terhad, ia cukup bagi menyerlahkan sedikit warna gambar. Dilengkapi dengan filter berbagai warna, anda pasti akan terpukau !
Apa kata anda tentang Google Photos? Berbaloi ke tak, itu pendapat masing-masing. Tapi hakikatnya, ia memang gempak untuk aplikasi percuma !

Baca juga :  Aplikasi Android PALING BEST yang Anda Tidak Akan Jumpa di Google Play Store
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami