Trik dan Tips Telefon Pintar

Cara Tangkap Gambar Macam Abang Pro !


Semua orang boleh pegang telefon pintar dan snap gambar, tapi bukan semudah itu. Bagi seorang pakar, setiap perkara adalah susah dan perlu fokus yang tinggi supaya hasilnya adalah terbaik.

Kalau subjek photography bagi seorang profesional, ada banyak perkara yang dititikberatkan. Apatah lagi penggunaan kamera DSLR, di mana setting semuanya adalah manual untuk menetapkan ISO, Aperture dan lain-lain.

Maka, topik hari ini amat sesuai untuk pengguna smartphone dan beginner bagi menghasilkan gambar yang cun, dengan beberapa tips asas dalam dunia fotografi.

  1. Gunakan Fungsi Grid
Grid ialah garis halus berwarna putih yang membahagikan skrin kepada 6 atau lebih bahagian. Ia bertujuan untuk memudahkan pengguna menangkap gambar dengan sempurna. Maka, anda boleh menangkap gambar dengan selari tanpa bengkang-bengkok.

  1. Posisi subjek
Dengan bantuan grid, anda boleh menyuruh subjek (seperti orang atau objek) berada di posisi yang “center”.

Untuk penangkap gambar, ada beberapa petua untuk menentukan sudut. Pertama sekali, pegang telefon anda dengan sudut 90 darjah. Selain itu, biar ada space banyak atas kepala subjek. Dan juga, biar space sedikit pada kasut ataupun lutut.

  1. Pencahayaan (Lighting)
Lightning ialah kilat dan lighting ialah pengcahayaan, jangan salah itu ya. Lighting yang bagus akan menentukan kualiti gambar itu sendiri. Hal ini kerana smartphone tak hebat dalam low-light dan gambar anda akan gelap. Pemilihan lighting yang sesuai ialah soft-lighting, iaitu bukan panas terik tetapi ada awan ataupun cuaca mendung yang cerah.

  1. Pemilihan Background
Background juga memainkan peranan yang besar dalam penghasilan gambar yang menarik. Ini maksudnya, pastikan background anda adalah bersih, simple dan cantik agar nampak profesional.

  1. Fungsi Mode Pada Camera
Smartphone zaman sekarang mementingkan gaming dan camera. Bagi pengeluar yang fokuskan camera, pasti aplikasi mereka didatangi dengan mode-mode yang hebat. Seperti Potrait mode dan Ultra HD.

Gunakan mode yang sesuai dengan apa yang anda ingin sampaikan.

  1. Penggunaan filter
Kebanyakkan penjual ataupun photographer profesional akan menggunakan filter yang sama untuk semua gambar. Hasilnya, feed di Instagram mereka nampak cool dan simple. Anda boleh gunakan preset (iaitu setting filter) pada Adobe Lightroom yang boleh didapati di Play Store.

Kalau nak ulas lebih lanjut, mungkin tak cukup kerana banyak perkara yang perlu belajar untuk capai status profesional. Oleh yang demikian, mahirkan diri dengan ilmu asas dan terokai ilmu fotografi di Google dan Youtube. Bidang fotografi menawarkan gaji yang besar, tapi memerlukan bakat dan skil yang besar juga.

Baca juga :  5 Punca Android Anda Menjadi Panas dan Cara Atasinya
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami