Trik dan Tips Telefon Pintar

Cara Download Video dari Sosial Media (Instagram, Facebook, Youtube….)


Di sosial media, mesti banyak video yang kita akan terpukau dengan kandungannya – sama ada bermanfaat dan berguna ataupun menghiburkan hati.

Sosial media yang dimaksudkan adalah Instagram, Twitter, Youtube dan Facebook yang mempunyai berjuta-juta video yang telah dimuat naik oleh pengguna mereka.

Apa yang seronoknya, kandungan video tersebut adalah percuma untuk ditonton dan sangat berbaloi untuk kita simpan – seperti kursus buat duit atau repair telefon pintar.

Dalam masa yang sama, anda ingin belajar tanpa makan kuota internet yang banyak, solusinya ialah memuat turun video tanpa kita perlu bazirkan data internet untuk tonton berulang kali.

Tutorial pada hari ini adalah percuma dan tak perlukan sebarang aplikasi untuk dimuat turun, semuanya boleh dilakukan secara online menerusi apa-apa browser.

Untuk download video dari Youtube:
  1. Buka mana-mana video yang anda minat
  2. Tambah ‘ss’ pada hadapan link URL. Contoh:
 Link asal : youtube.com/blabla
 tambah ‘ss’ : ssyoutube.com/blabla
  1. Selepas ubah suai link URL itu, anda haruslah tekan enter dan akan buka website downloader secara automatik.
  2. Di website downloader SaveFrom, anda cuma perlu tekan butang ‘Download’.

Semasa ingin download, anda boleh pilih resolusi dan format fail video. Contohnya 1080P dalam format MP4. Ataupun dalam format MP3 jika ingin covert Youtube ke fail muzik lagu.

Untuk download video dari Facebook, anda boleh menggunakan website downloader SaveFrom juga, cuma bukan teknik tambah ‘ss’:
1. Copy link url mana-mana video dari Facebook
2. Buka website SaveFrom
3. Paste link URL dari Facebook
4. Tekan butang Download, boleh pilih resolusi dan format.

Untuk download video dari sosial media yang lain pula seperti Instagram dan Twitter, anda boleh gunakan teknik yang sama untuk Facebook – iaitu copy dan paste link URL.

Perkara asas dalam mencari copy link URL ialah pastikan akaun tukang upload itu adalah public, baru jumpa butang Copy Link.

Bukan Sosial Media di atas sahaja yang boleh digunakan, malah banyak lagi website yang disokokong oleh SaveFrom – DailyMotion, Vimeo dan sebagainya, boleh semak di Supported Resources .

Cuma kami ingin menasihatkan bahawa video yang dimuat turun haruslah tidak disalahguna pakai ataupun diciplak untuk keuntungan sendiri, jangan lupa letak kredit kepada pembikin video asal itu.

Baca juga :  Cara Mudah Mengurangkan Penggunaan Data Internet Anda
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami