Berita Teknologi

Berapa Lajukah Internet 5G di Malaysia?

Selepas kejayaan yang ditempa oleh internet 4G LTE dalam kalangan pengguna teknologi kini. Semakin ramai pengeluar, pengusaha ternama berusaha untuk menghasilkan teknologi rangkaian internet terpantas, dengan latency yang kurang. Maka dinaiktaraf kepada 5G. Dikatakan menurut sumber, rangkaian 5G mampu meningkatkan sehingga 10 kali ganda kelajuan internet sedia ada, mengurangkan kos, mengurangkan kadar latency dan mampu menghubungkan dengan peranti yang sangat banyak.
Dikatakan bahawa rangkaian 5G dibangunkan berasal dari negara besar China untuk menaiktaraf penggunaan rangkaian internet di sana. Namun kini, ia sudah memasuki di negara Malaysia dan sudah dicuba untuk memastikan kesesuaiannya kepada kita semua.

Berapa kelajuan sebenar internet 5G ini?

 

Sebuah syarikat telko yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Maxis telah menjalankan percubaan pertamanya terhadap rangkaian internet 5G ini. Dan percaya atau tidak ianya mencapai kelajuan sehingga 3Gb per saat! Bayangkan dengan internet selaju itu, apa yang kita mampu buat?
Antara tujuan Maxis membangunkan 5G ini adalah untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan pengangkutan mayanya di Malaysia. Kata Maxis, percubaan mereka selama enam bulan di Cyberjaya itu menyediakan analisis mendalam mengenai ciri-ciri 5G termasuk penggunaan spektrum dalam jalur yang lebih tinggi, kewujudan bersama perkhidmatan semasa selain internet mudah alih berkelajuan tinggi dan aplikasi realiti maya (VR) berdefinisi tinggi.

Anda turut bakal merasai pengalaman 5G ini

Selepas Putrajaya mengumumkan bakal menggunakan rangkaian 5G ini, Perak juga menyahut seruan ini untuk menaiktaraf rangkaian internet mereka. Ianya bakal bermula di Meru secara berperingkat untuk mewujudkan Meru Raya. Tidak mustahil selepas ini negeri-negeri lain turut akan dipasangkan menara-menara untuk mewujudkan rangkaian internet 5G kepada kita.
Apa kata anda?

Baca juga :  Huawei Mate 20 Pro Bakal Kembali ke Pangkuan Android
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami