Berita Teknologi

Magik Pada Keyboard PC anda!

Adakalanya kita akan menjadi kacau-bilau apabila tetikus pada PC kita bermasalah. Jadi bagaimana untuk kita gunakan PC kita apabila tetikus kita berfungsi. Mungkin kita akan mencari jawapannya di Google. Apa kaitan dengan tajuk? Haa ni kami nak bagi tips untuk pengguna komputer. Tips ini mungkin akan memudahkan kerja anda akan datang. Mungkin ada yang sudah anda tahu, mungkin ada yang anda belum tahu. Ironinya, kita semua mungkin tahu beberapa pintasan papan kekunci seperti Ctrl C untuk menyalin dan Ctrl V untuk paste, kita jarang cuba mencari atau menggunakan pintasan lain. Tetapi anda boleh menggunakan keyboard anda untuk melakukan semua perkara yang boleh dilakukan oleh tetikus anda! Kami ingin berkongsi beberapa pintasan (shortcut) untuk menggunakan papan kekunci anda.

1. Buka “History” pada browser anda dalam tab yang baru 
Selalunya kalau ingin buka semula history pada browser kita, kebiasaannya kita akan klik pada simbol di atas kanan browser anda. Tetapi dengan menekan CTRL + H anda dapat ke bar browser history. Mudah bukan?

2. Padam history anda
Sekiranya anda ingin memadam history pada browser anda. Anda boleh menekan CTRL + SHIFT + Delete untuk terus ke bar memadam history. Bagi yang menggunakan Mac, tekan Command + Shift + Delete.

3. Buka folder yang sama
Tengah taip pada word, teringat ada benda lain kena buat pada word juga. Tetikus pulak buat hal. Takpa! tekan CTRL + N atau Command + N (Mac) untuk terus ke file yang baru!

4. Tutup unresponsive program
Selalu tak program anda menjadi tidak stabil, tetapi susah nak tutup?  Cuba CTRL + Shift + Esc atau Command + Alt + Esc (Mac) untuk ke task manager untuk tutup program yang tidak stabil

5. Buka tab yang tertutup
Pernah tak kita tertutup tab kita secara tidak sengaja? Lepas ni gunakan sahaja papan kekunci dengan mudah untuk membuka tab yang tertutup. Cuba CTRL + Shift + T dan Command + Shift + T (Mac)

6. Screenshot pada skrin anda
Tekan kunci Windows + Shift + S akan menukar kelabu skrin keseluruhan anda. Kini anda boleh mengklik dan menentukan apa yang anda mahu sebagai screenshot anda.

7.Buka halaman download anda dalam tab baharu.
Untuk sampai ke halaman muat turun anda, gunakan Ctrl + J dan ia akan muncul dalam tab baru.

8. Highlight semua
Jika anda sedang menggunakan office word dan anda perlu menyerlahkan semua teks dalam dokumen, n tekan Ctrl + A. Untuk pengguna Mac, caranya ialah Command + A

Selamat Mencuba! 

Baca juga :  Tarikh keluaran OnePlus 10 Pro mungkin berlaku lebih awal di China
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker