Berita Teknologi

Facebook Messenger: Kini Anda Boleh ‘Recall/Unsend’ Mesej Yang Dihantar

Facebook telah menyediakan fungsi recall ataupun unsend sesuatu mesej pada aplikasi Messenger dan ia sangat berguna untuk memadam mesej yang tersilap hantar kepada mana-mana penerima. Fungsi ini juga sama seperti WeChat, Whatsapp dan Instagram yang membolehkan pengguna menarik semula mesej yang dihantar.

Perkara sebegini amat diperlukan untuk kebaikan pengguna β€“ terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa, terhantar mesej boleh dibuang. Pengguna hanya perlu buka Facebook Messenger dan pilih mesej yang ingin dipadam dan seterusnya memilih β€œRemove for Everyone”.

Namun, disebalik fungsi ini, anda hanya mampu menarik balik mesej yang dihantar dalam tempoh 10 minit. Selepas tempoh itu, anda tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memadamkan mesej yang telah dihantar.

Anda boleh menikmati fungsi tersebut dengan memasang aplikasi Messengger yang terbaru β€“ sama ada pengguna Android dan juga. Apa kata anda berkaitan Recall, adakah ia amat penting ?

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker