Apa Itu ?Perbandingan

Apa Itu SSD & HDD ? Yang Mana Satu Lebih Bagus ?

Tajuk pada hari ini amat sesuai untuk pengguna komputer dan laptop. Hal ini kerana ramai antara kamu yang masih belum tahu mengenai SSD dan HDD. Secara amnya, SSD dan HDD merupakan storan utama untuk PC. Namun, tahukah anda betapa beza jurangnya antara storan tersebut? SSD vs HDD, yang mana lebih baik ?

Sebelum kita kupas dengan lebih mendalam, marilah kita kenal dahulu barulah bercinta. Bagi yang ingin membeli sebuah komputer, anda perlu tahu storan utama PC tersebut kerana ia boleh menjadi faktor pretasi sesebuah PC sebenarnya.

Apakah itu SSD?

SSD bermaksud solid-state drive di mana ia merupakan penyimpan media data dalam memori kilat solid-state. Dua kunci utama pembentukan SSD ialah pengawal kilat dan memori kilat NAND. Kilat-kilat yang dimaksudkan adalah bukan petir, tapi amat pantas. Penghasilan SSD ini merupakan teknologi baharu yang boleh membekalkan kelajuan bacaan dan penulisan data dalam satu tempoh masa. Kecekapan yang tinggi dan pretasi yang sangat hebat. SSD juga dikenali sebagai flash-drive  atau solid-state disk.

Apakah itu HDD?

HDD bermaksud hard-disk drive. Sebuah mekanisma yang berupaya mengawal posisi. pembacaan dan penulisan oleh hard-disk. Di mana ia menjadi tempat penyimpanan data. HDD diguna secara meluas pada komputer, laptop, telefon pintar dan lain-lain. HDD mempunyai pelbagai komponen di dalamnya, namun ia juga mempunyai motor. Bukan motorsikal, tapi motor yang bergerak – contohnya motor enjin kereta mainan Tamiya. Motor ini digunakan untuk memusingkan platters yang menyimpan data pada beribu-ribu pusingan setiap minit. Semakin tinggi RPM, semakin tinggi pretasinya.

Itu pengenalan sahaja, mari kita bandingkan !

Baca juga :  Perbezaan Laptop - Notebook, Chromebook dan Macbook

SSD vs HDD

 

Bukan seperti HDD, SSD tidak mempunyai sebarang alat yang bergerak. Juga mempunyai latency yang rendah (macam ping). Maka, data dapat diproseskan dengan lebih cepat apabila ditugaskan. Walaubagaimanapun, harga untuk sebuah SSD agaklah mahal – sehingga dua hingga tiga kali ganda lebih mahal dari HDD untuk kapasiti storan yang sama.

Oleh yang demikian, anda boleh campur SSD dan HDD untuk pretasi yang terbaik di samping menjimatkan duit anda. Selain itu, jangka hayat antara SSD dan HDD juga boleh dibandingkan. DI mana HDD mempunyai motor yang bergerak, peratus kerosakan adalah lebih tinggi. Namun jangan risau, setiap HDD pastinya dilengkapi dengan penyerap hentakan untuk menyediakan jangka hayat yang panjang.

Baca juga :  Data Tanpa Had Unifi Mobile RM59 Sebulan - Pelan Pek Jasa

Namun, SSD juga mempunyai kekurangannya. Pendedahan haba terhadap SSD boleh memendekkan jangka hayatnya. Apabila SSD beroperasi pada suhu yang tinggi, ia boleh mengakibatkan elektron terbocor dari memori kilat NAND. Oleh yang demikian, bukan sahaja SSD boleh rosak dengan haba – malah segala komponen dalam perkakas PC anda semuanya boleh rosak. Jaga pengaliran udara dalam PC anda.

Dalam perdebatan hari ini, kita akan fokuskan untuk pretasi sebuah komputer – dari segi boot-up, memproses data dan gaming. Jika anda rasa SSD mahal, ya – ia memang mahal. Namun, fikir dari nilai positif – anda tidak akan menyesal !

Cuba lihat gambar di bawah. Ia merupakan perbandingan antara HDD terbaik dunia dan SSD terbaik dunia. Dalam perbandingan tersebut, SSD menang dengan megah – iaitu sektiar dua kali ganda !

Dari segi boot-up Windows pula, sama juga – SSD menang ! Tempoh nak hidupkan komputer anda lebih cepat sehingga 2-3 kali ganda juga ! Mari lihat video ini:

Dari segi gaming pula, tempoh loading dan pemprosesan boleh dikenal pasti hingga 2-4 kali ganda. Sudah pastinya SSD menang bro bossku:

Dalam video tersebut, game Rise of the Tomb Raider mengambil masa hanya 4 saat sahaja untuk memulakan permainan, manakala HDD mengambil masa sehingga 15 saat. Wow, itu hampir 4 kali ganda !

Baca juga :  Android Q Beta 3 - Sudahkah anda bersedia ?

Kesimpulan

Abam pernah baca komen daripada seorang insan biasa “Jika anda gunakan SSD,
anda tidak akan sentuh HDD buat selamanya”. Ini bermaksud, kualiti yang ada pada SSD ini sangat tinggi. Walaupun anda rasa ia mahal, belilah SSD serendah 120GB (dalam RM80) dan HDD bersaiz besar (500GB dalam RM100).

Pada SSD, anda perlu letak aplikasi dan sistem yang memerlukan pretasi. Contohnya sistem operasi (Windows 10), permainan video (FIFA Online 2), dan aplikasi berat (editing: Adobe Photoshop). Manakala pada HDD pula, anda boleh letak data yang tidak perlu pretasi sangat. Sebagai contoh, gambar, video dan lagu.

Mutakhirnya, bukan sahaja CPU, GPU dan RAM penting bagi seorang gamer, tapi juga SSD !

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker