Berita Teknologi

Anda nak belajar dengan menggunakan telefon pintar? Kami ada cadangan untuk anda!

“Asyik-asyik dengan telefon je, bila nak belajar?” Itu ungkapan yang sering dilontarkan oleh orang yang rapat dengan kita. Mana tidaknya, mereka selalu nampak kita mesti nampak di tangan kita ada telefon. Selalu tertanya bila kita nak belajar? Kami di Bijak Android ingin berkongsi beberapa aplikasi dan laman sesawang yang boleh membantu anda belajar dengan menggunakan telefon pintar ada. Jadi mereka tidak boleh mempersoalkan lagi bila kita nak belajar. Cuma pesanan ringkas, waktu belajar jangan sibuk buka WhatsApps atau media sosial yang lain. Nanti tak jadi belajar la gamaknya.

1. Socratic

Cara yang mudah untuk bantu anda belajar dengan cara menangkap gambar soalan kerja anda dan tunggu dapatkan jawapan, jalan kiraan, video dan sebagainya. Jawapan yang anda peroleh anda akan selepas ada individu yang membantu anda menyelesaikannya. Kami sangat menggalakkan aplikasi ini digunakan untuk anda. Aplikasi ini banyak meliputi pelbagai subjek. Tambahan pula, aplikasi ini tidak ada ads yang akan menganggu anda untuk belajar. Jadi anda dapat belajar dengan tenang tanpa perlu menonton video selama 30 saat. Sakit hati kan nak tunggu?

2. Lumosity: #1 Brain Games & Cognitive Training App

Anda rasa minda anda semakin tumpul? Aplikasi ini boleh bantu anda menajamkan fikiran anda. Ia sangat mudah untuk digunakan. Anda hanya perlu mengikut panduan yang diberikan. Terdapat pelbagai latihan antaranya refleks anda, membuat keputusan dan sebagainya. Hasilnya? Anda akan rasakannya sendiri. Kami cadangkan anda membuat rutin untuk melatih minda anda. Bukan susah pun, macam main game. Tapi ini lebih cenderung kepada latih tubi otak anda supaya lebih tajam.

Baca juga :  Samsung Masih Mempertimbangkan Untuk Hadir Ke MWC 2020

3. Youtube

Aplikasi yang sudah tersedia ada dalam setiap telefon pintar setiap individu. Semua sudah sinonim dengannya apatah lagi menjadi rutin untuk menonton video kesukaan mahupun mendengar muzik. Youtube mampu menjadi medium belajar bagi mereka yang menginginkan sesuatu yang baru. Hal ini kerana sangat banyak video tutorial dan infografik yang menarik untuk ditonton. Selain terdapat movie. Pelbagai video animasi yang berbentuk pelajaran disediakan oleh Youtuber di channel mereka. Malah anda dapat pelajari sesuatu yang baru dari Youtube. Komuniti Youtube sering menyediakan video yang terbaik bagi mendapat audiens yang ramai. Jadi tidak rugi untuk anda menontonnya secara percuma malah menyeronokkan.

4. Kahoot

Anda ingin bersaing dengan rakan-rakan anda? Kahoot sangat sesuai digunakan untuk menguji kefahaman anda dan kawan-kawan. Sangt menyeronokkan untuk dicuba. Caranya dengan membina kuiz bagi sesuatu topik dan letakkan pilihan jawapan. Kemudian apabila sudah selesai, Kahoot akan memberi kod untuk dimasukkan kedalam aplikasi Kahoot. Jadi pilihan jawapan perlu dirujuk di skrin induk. Tekan pada jawapan yang betul, paling tepat dan pantas akan mendapat markah tertinggi. Di hujung permainan akan ditentukan siapa yang mendapat markah tertinggi. Pelbagai lagi ciri yang dapat dipelajari dalam aplikasi Kahoot ini.

Baca juga :  Berbaloi? Xiaomi Redmi 8A - 5000mAh & Pengecasan Pantas 18W Untuk Bawah RM400

Nantikan aplikasi lain. Selamat belajar!

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker