Berita TeknologiLain-Lain

Tahukah anda bahawa Apple pernah disaman beberapa kali?

Apple sangat sinonim bagi pengguna telefon pintar iPhone lebih-lebih lagi bagi yang tidak ketinggalan dengan model yang dikeluarkan oleh syarikat gergasi itu saban tahun. Ciri-ciri pada telefon pintar ini terdapat keunikan tersendiri yang menarik netizen untuk menggunakan. Lebih-lebih lagi menjadi trend apabila ramai ikon masyarakat menggunakannya. Menjadi stereotype untuk bergambar di hadapan cermin sambil menunjukkan logo buah epal yg sudah di makan itu. Suka untuk Bijak Android berkongsi beberapa fakta menarik tentang syarikat Apple ini. Pernah beberapa kali syarikat milik Steve Job ini disaman oleh beberapa pihak disebabkan beberapa faktor.

Apple menciplak idea
Kalau ditanya dari mana asal usul telefon yang boleh disentuh skrinnya, mesti ramai yang beranggapan Steve Job sebagai orang pertama yang menghasilkannya dahulu. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa IBM Simon (International Business Machine) yang menemukan paten penciptaan telefon dengan ciri seperti emel, panggilan, dan feks pada tahun 1992.
Seorang pereka dari Amerika Syarikat bernama Thomas Ross telah memfailkan saman sebanyak 13 billion USD kerana syarikat Apple milik Steve Job telah mencuri paten iPhone milik beliau. Paten yang ditunjukkan seperti rajah yang ditunjukkan gambar di atas. Apa yang lebih menarik adalah, paten beliau telah luput sejak tahun 1995 kerana beliau tidak memperbaharuinya dan tidak memulakan prototaipnya sendiri. Kerja separuh jalan katakan.
Beliau turut membuat tomahan mengatakan bahawa syarikat tersebut mempunyai budaya untuk mencari paten-paten yang lama dan luput kemudian menciplaknya tanpa memberi sebarang pampasan kepada pereka asal. Sungguh individu ini mengecam syarikat ini. Panjang kes ni. Sebenarnya sukar untuk beliau menang kerana paten tersebut telah luput dan tidak boleh dituntut. Tetapi Thomas Ross tidak mahu mengalah, beliau tetap mahu menyaman serta mahukan royalti penjualan atas faktor “idea asal” milik beliau. Kira nak claim la idea dia. 
Banyak lagi tuntutan yang diminta oleh individu ini. Dan ada syarikat yang mendakwa idea asal datang dari syarikat mereka. Nantikan artikel akan datang.

Baca juga :  Pengguna Telegram Boleh Wujudkan Perbualan Kumpulan Berdasarkan Lokasi & Menambah Kenalan Berdekatan
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami