Trik dan Tips Telefon Pintar

Spesifikasi Minima Untuk Bermain PUBG Mobile. (Supaya Bajet Anda Kekal Rendah)

Dikala memasuki tahun 2019 ini, dunia permainan video bagi telefon pintar masih dipegang oleh PUBG Mobile, daripada Tencent.

Namun, sebahagian besar pemain game PUBG ini terdiri daripada pelajar dan mahasiswa universiti.
Masalah yang sering dihadapi oleh golongan ini ialah dari segi kewangan untuk membeli telefon pintar bagi ‘melayan’ PUBG.
Jangan risau, jangan pilu. Bijak Android akan menyenaraikan telefon pintar bajet yang menyokong game kegilaan anda semua, tanpa mengoyakkan wallet anda.
Sebelum itu, anda perlu mengetahui spesifikasi minima untuk membolehkan anda bermain PUBG.
Bagi pengguna Apple, kesemua keluaran iPhone ataupun iPad yang dilancarkan selepas iPhone 5S semuanya menyokong PUBG.
Manakala telefon pintar Android, peranti tersebut perlu menepati syarat minimum:
Versi Android 5.1.1
Mempunyai 2GB RAM
Kelajuan CPU 1.5 GHZ
Spesifikasi tersebut hanya membolehkan anda untuk bermain PUBG sahaja, bukannya dengan smooth dan lancar.
Sehubungan dengan itu, anda hendaklah memilih telefon yang menepati spesifikasi berikut:
3GB RAM
Kelajuan CPU 1.8 GHZ
Spesifikasi tersebut sudah cukup untuk bermain PUBG tanpa lag, cuma berkesan untuk low graphic setting.
Dari pemerhatian saya berdasarkan di Shopee, anda boleh bermain PUBG Mobile dengan lancar sekiranya mempunyai bajet serendah RM300-500.
Harga tersebut mungkin berbeza jika anda beli secara walk-in ataupun di pusat jualan yang sah (centre). Anda dinasihatkan membuatkan panggilan terlebih dahulu kepada tuan kedai untuk bertanya berkaitan stok dan harga.
Dengan bajet RM300-500 tersebut, anda boleh dapat sekurang-kurangnya telefon pintar yang mempunyai 3GB RAM dan 2.0 GHZ kelajuan CPU.
Lakukan sedikit perbezaan spesifikasi antara setiap model telefon pintar dan tontonlah ‘review gaming’ dengan telefon pintar yang anda minat di Youtube. 
Pada pendapat anda, telefon pintar Android manakah yang berbaloi untuk bermain PUBG Mobile?

Baca juga :  Cara Mengaktifkan 'Dark Mode' Pada Instagram di Android
Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker