Berita Teknologi

Realme: Pengeluar Telefon Pintar Spesifikasi Pertengahan Yang Berbaloi

Sejak 4 bulan lepas, mungkin ada daripada kamu telah mendengar ataupun terbaca perkataan ‘Realme’ yang merupakan jenama telefon pintar daripada China. Realme bertapak di Shenzhen dan syarikat ini telah rasmi pada 4 May 2018 bagi menghasilkan telefon pintar.

Sekali lagi, pasaran dunia dalam penghasilan telefon pintar kini hampir dipegang oleh syarikat dari negara China seperti Huawei dan Oppo – dan bakal disaing hebat oleh peranti dari Realme.

Kisahnya, Realme merupakan anak syarikat kepada Oppo dan pernah menghasilkan “Oppo Real” pada 2010. Kini, ia mampu berdiri dengan sendiri dan akan membekalkan telefon pintar yang hebat dari segi performance, reka bentuk yang elegan dan cantik pada harga yang berbaloi.

Di India, keluaran Realme – iaitu Realme 2 telah mendapat sambutan yang hangat sehingga 4 juta peranti telah terjual. Di sana, peranti Realme 2 ini dijual pada harga 9900 INR (RM571) bagi model 3GB/32GB dan 10990 INR (RM635) bagi model 4GB/64GB.

Ia sangat laku – ia telah djual sebanyak 200,000 unit dalam 5 minit pada Flipkart. Jom kita mengenal pasti mengenai spesifikasi Realme 2 yang menjadi kegilaan ini;

  • Kapasiti bateri sebanyak 4230 mAh
  • Notch Skrin penuh 6.2”
  • Mempunyai dual kamera belakang untuk mod potrait
  • Chipset CPU Qualcomm Snapdragon 450 – Octa core 1.8 GHz
  • Storan: 3GB/4GB RAM dan 32GB/64GB Storan Dalaman
  • Facial Unlock & Fingerprint Unlock
Baca juga :  Google Menjanjikan Telefon Android Go di MWC 2018

Harga bagi Realme 2 di Malaysia ialah dari RM599 – dengan kecanggihan dan spesifikasi di atas, ia sangatlah berbaloi bukan ?

Kelebihan telefon ini terselah pada seorang gamer. Hal ini kerana ia mempunyai chipset CPU yang efisien, cekap serta kapasiti bateri yang besar. Malah, ia mempunyai kecerdasannya tersendiri – Al Power Master, yang boleh manage sistem anda suapaya penggunaan kuasa dapat dikurangkan – terutama aplikasi yang tak berguna pada background.

Jom kita lihat Realme 2 unboxing:

Jom kita lihat Realme 2 beraksi pada high graphic games:

Berikan pendapat anda mengenai telefon keluaran Realme, adakah ia berbaloi ? Bahaskan di ruang komen dibawah.  

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Sila Matikan Adblocker untuk Menyokong Kami