Trik dan Tips Telefon Pintar

Nak Kurus? Gunalah 5 Aplikasi Percuma Ini Untuk Lebih Berkesan !

Mengekalkan berat badan yang normal amatlah penting untuk kesihatan diri kira. Tapi, cabaran untuk menurunkan berat badan dan membakar kalori bukanlah mudah. Bukannya sehari-dua. Tapi sebulan-dua baru nampak hasilnya.

Untuk membantu anda dalam menempuhi cabaran itu, ramai developer telah mencipta aplikasi yang berguna untuk mengejar impian anda. Bukan sahaja mengesan kalori yang terbakar, malah aspek pemakanan juga ditekankan.

Saiz hidangan dan mikronutrien (seperti karbohidrat, lemak dan protein) amat penting dalam mengambil diet yang sihat. Dan mereka amat mudah untuk dikesan melalui aplikasi pada telefon pintar. Bukan saja mudah, aplikasi yang ditawarkan adalah percuma dan mempunyai reputasi yang tinggi. Anda boleh dapati aplikasi-aplikasi ini melalui Google Play Store atau App Store.

Ideal Weight

Berguna untuk mengira body mass index (BMI) dan ketahuilah berat optimal yang sesuai untuk anda. Sebaik sahaja anda tahu berat badan dan ketinggian anda, isi di tempat kosong dan lihat nilai BMI. Setelah itu, anda boleh letak “goal” berat yang anda kejar.

Baca juga :  Jom Kenakan Member ! 10 Aplikasi Prank Terbaik !!

Nilai BMI yang ideal adalah seperti berikut:

Calorie Counter & Diet Tracker

Aplikasi ini kekal menjadi pilihan terbaik kerana ia mudah untuk mengira dan memantau kalori. Mempunyai database yang besar lebih dari 6 juta makanan, anda boleh ketahui nilai kalori suatu makanan untuk memantau pengambilan harian. Malah, pengguna boleh imbas barkod pada label makanan untuk ketahui nutrisi makanan.

Lose It!

Ia membantu anda membuat pelan kurangkan berat badan dengan memantau pengambilan makanan dan exercise yang anda lakukan. Selain itu, anda boleh ketahui makanan yang memberi manfaat atau sebaliknya supaya anda boleh pilih pilihan yang tepat.

Endomondo

Sangat berguna untuk memantau aktiviti kesihatan luar rumah. Penggunaan GPS mampu menolong anda mengira kalori yang terbakar, kelajuan dan jarak bergerak dari titik A ke titik B. Boleh menyimpan data anda melakukan exercise seperti berjalan, berlari serta berbasikal, dan sync dengan mudah.

Baca juga :  5 Fungsi Telefon Yang Anda Perlu Matikan

JEFIT Workout Tracker Gym Log

Latih diri dengan lebih cekap dengan menggunakan aplikasi ini. Mempunyai database lebih dari 1,300 latihan, ia akan memberi anda tips untuk pergerakan badan supaya anda boleh lakukannya dengan betul dan efektif. Pilih rutin yang sesuai supaya berat badan mampu capai nilai yang optimal.

Kesimpulan

No Pain, No Gain. Itulah ayat bahasa Inggeris yang mampu mendorong anda sebanyak 200%. Nak seribu daya, taknak seribu dalih – barulah impian kita mampu tercapai. Pastikan pelan kurus anda selamat dan tidak memberi kesan buruk pada diri. Jagalah pemakanan kerana pemakanan juga faktor kesihatan badan. Tiada guna exercise tapi minum air bergas, sama tiada hasil. Jauhi makanan berkalori tinggi !

Baca juga :  5 Trik Mudah Untuk Mengelakkan Storage Penuh

Adakah aplikasi yang disenaraikan amat bagus bagi anda? Berikan sedikit komen mengenai aplikasi tersebut sama ada ia berkesan ataupun tidak.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker