Berita Teknologi

Fon-Fon Yang Akan Keluar Pada Tahun 2019

Daripada fon lipat hingga ke lubang kamera, tahun 2019 merupakan tahun keluaran telefon yang anda nanti-nantikan hinggalah memaksa anda untuk berikat perut demi merasa kelebihan fon keluaran 2019.

Samsung Galaxy 10 dan Fon Lipat

Samsung telahpun menggemparkan dunia barat dengan inovasinya yakni fon lipat. Namun, prototaipnya hanya disiarkan seimbas sahaja tetapi cukup memberikan kita berimaginasi bahawa fon lipat bakal mengubah alam teknologi.
Bagi penggemar fon biasa, Samsung juga akan mengeluarkan Samsung Galaxy 10 yang mempunyai ciri terunik iaitu paparan tak terhingga O (Infinite-O display). Paparan ini bukanlah paparan biasa kerana paparan ini meliputi seluruh permukaan fon kecuali sebuah bulatan iaitu bulatan kamera (lubang kamera).

Hal ini, pengguna Samsung Galaxy 10 dapat melayani video-video dengan penuh tumpuan tanpa gangguan takik air (notch) serta butang rumah. Bukan itu sahaja, kelahiran fon lipat juga akan membuka sebuah kategori pengguna telefon pintar yang akan mengubah persepsi dunia mengenai fon lipat.

Baca juga :  Promosi Unifi Home Broadband - Langgan Sekarang dengan Percuma, Tapi Mula Bayar Tahun Depan

Huawei P30 dan Fon Lipat

Di dunia penuh cabaran, Huawei juga sahut cabaran mencipta fon lipat. Namun, berita mengenainya hanyalah sekadar didengar sahaja. Apa-apapun, yang dipastikan lagi bahawa Huawei juga akan mengeluarkan fon berlipat pada tahun ini.
Juga, Huawei akan mengeluarkan fon siri baharu iaitu P30. P30 terdiri daripada dua iaitu P30 dan P30 Pro. Secara terkenalnya, Huawei merupakan syarikat termasyhur yang mengeluarkan fon berdwi dan bertri kamera (berdwi = berdua, bertri = bertiga), kemungkin juga telefon P30 akan bercirikan bercatur (bercatur = berempat) kamera, namun ini hanyalah spekulasi dan andaian awal sahaja.

Honor View 20 dan Honor 8A

Bagi pengguna gemar jenama Honor, Honor juga akan mengeluarkan fon baharunya tahun ini. Juga dalam keadaan bercirikan bulatan kamera demi memastikan kepuasan pengguna dijamini. Namun, Honor tidak menyahut cabaran fon lipat kerana tiada keperluan yang munasabah lagi. Honor juga telah menambahkan ciri pengecasan fon tercepat iaitu 4,00 mAh serta reka bentuk fon yang menarik.

Baca juga :  [Video] Rekaan Konsep iPhone 12 Pro (4 Kamera!)

OnePlus 7

Secara pandangan kasar, syarikat OnePlus telah berjaya mengeluarkan fon terbaik iaitu OnePlus 6T. Kini, OnePlus ingin kesinambungan lagi keterbaikannya.
Dikatakan bahawa, fon OnePlus akan dikeluarkan pada bulan Jun 2019.
Hal dengan ini, dengan mengikuti sohor kini, OnePlus 7 juga akan mempunyai takik air, pot fon kepala serta pengesan cap jari dalam paparan. Kita jugak tidak terkejut jika OnePlus 7 juga mengikuti sohor kini terbaru iaitu bulatan kamera, kerana ramai syarikat sudah mendalami sohor kini ini.

Google Pixel 3 Lite

Anda mesti tahu pernah saran tentang kemahalan telefon Google Pixel ini. Jangan risau kerana Google Pixel 3 versi Lite akan dijual dalam harga berpatutan bagi pengguna ethuasisma.
Seperti apa yang didengari, Google Pixel 3 Lite akan memiliki set chip Snapdragon 670, 4GB RAM, 32 GB storan, 12 MP kamera utama dan 8 MP kamera swafoto. Juga, Google Pixel Lite 3 XL seperti yang dijangkakan, juga memiliki paparan dan bateri yang lebih besar.

Baca juga :  Nokia Melancarkan Perantinya Termurah yang Dikuasai Android Q
Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker