Trik dan Tips Telefon Pintar

Aplikasi Yang Berbahaya Kepada Telefon Anda ! (Bahagian 2)

Sebelum ini dalam bahagian yang lepas, kami telah menyenaraikan beberapa aplikasi android yang mempunyai risiko dan kesan buruk kepada anda atau telefon anda jika dibiarkan ia berjalan di dalam latar belakang telefon anda. Sekarang, kami ingin menambah lagi 3 senarai aplikasi yang boleh mendatangkan risiko buruk kepada anda. Anda boleh baca artikel sebelum ini di pautan yang berikut.
Aplikasi ini mampu memberi mudharat kepada anda!

Aplikasi yang akan diperkenalkan ini mungkin sudah ironi bagi anda dan ada yang anda tidak pernah mencubanya. Lebih baik tidak mencubanya. Jika anda, uninstall secepat mungkin.

1. Optimizer

Kita tidak asing lagi dengan aplikasi seperti Clean Master dan sebagainya. Sering menjadi pilihan pengguna telefon pintar untuk membersihkan dan dapat memastikan telefon pintar anda dapat dioptimumkan sepenuhnya. Namun apa yang menarik adalah, telefon pintar yang dikeluarkan pada masa ini telahpun dilengkapi dengan optimizer tersendiri. Kewujudan optimizer pada telefon ini secara semula jadi menyebabkan aplikasi yang dimuat turun dari Google Play menjadi tidak berguna. Tambahan pula, aplikasi ini menyebabkan jangka hayat telefon pintar semakin pendek. Malah system pada telefon anda tidak akan menjadi lebih pantas bahkan memperlahankan telefon anda. Sebagai bonus, anda akan mendapat ads sebagai iklan setiap kali anda membersihkan telefon anda.
2. Browser dengan ciri tambahan
Adakah anda sinonim dengan browser yang mempunyai ciri-ciri tambahan seperti turbo (untuk lebih laju jika digunakan), browser yang khas untuk video dan sebagainya. Sebenarnya, terdapat 2 keburukkan yang besar jika anda menggunakan aplikasi tambahan ini. Antaranya ialah iklan yang dipaparkan akan menjadi sangat banyak. Bahkan setiap kali ingin menonton, ads dahulu akan muncul.  Kemudian, adakah anda perasan aplikasi ini akan meminta keizinan anda untuk mengakses bahagian system yang tertentu seperti manage call dan access media. Sebenarnya ia sukar dipercayai dan mudah mendatangkan risiko. Tambahan pula, ada browser yang mengikat kontrak dengan sebuah syarikat gergasi bagi menyalurkan maklumat peribadi anda kepada mereka. Dengan itu, mereka akan sentiasa dapat mempromosikan barangan mereka kepada anda.
3. Aplikasi yang menambahkan jumlah RAM pada telefon anda

Aplikasi seperti ini sering mendakwa bahawa produk mereka dapat menambahkan jumlah RAM pada telefon anda. Sedar atau tidak sebenarnya aplikasi ini juga memainkan peranan sebagai optimizer! Aplikasi ini hanya dapat membersihkan cache untuk sementara dan telefon anda sudah mempunyai keupayaan untuk melakukannya sendiri. Berkenaan RAM, ia tidak boleh ditambah lebih dari jumlah yang ada pada telefon anda. Bukan itu sahaja, program ini tidak hanya menghabiskan sumber dari telefon anda. Malah ia dapat mengumpul data pada telefon anda.

Baca juga :  Spesifikasi Minima Untuk Bermain PUBG Mobile. (Supaya Bajet Anda Kekal Rendah)
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker