Lain-Lain

Aplikasi Untuk Belajar Bahasa Asing

“Bahasalah ilmu yang paling berharga walaupun dibelajar sedikit” Kató Lomb. Berikutlah kata-kata mutiara Kató Lomb, seorang para bahasa yang berjaya memfasihi 10 bahasa. Hal dengan itu, semestinya kalian semua berasa ingin tahu bagaimana nak belajar dan fasih bahasa, atau setakat ingin mengasah ilmu bahasa seperti Bahasa Inggeris demi meningkatkan skor band dalam MUET.

Tahukah anda? Belajar bahasa bukan sahaja bergantung kepada guru-guru juga buku, kita boleh juga dapat belajar bahasa hanya dihujung jari sahaja. Maka, terdapat aplikasi-aplikasi yang dapat digunakan dalam medan pembelajaran bahasa yang percuma dan mudah serta tanpa kerja sekolah. Ayuh, baca artikel ini untuk ketahui lebih lanjut ya!

Ya, jangan risau. Pasti warganet berasa hairan, bolehkah kita benar-benar dapat fasih sesebuah bahasa? Semestinya ya, kalau aplikasi ini dipakai kerap tiap hari.

Duolingo

Duolingo ialah salah satu aplikasi yang percuma. Mengapa percuma? Kerana premis utamanya ialah pembelajaran bahasa haruslah percuma. Dengan antaramuka yang mudah dipakai, pantas Duolingo mudah diguna dimana-mana masa dan tempat. Semua bahasa yang tersedia di dalam aplikasi ini adalah percuma dari awal hingga akhir.

Baca juga :  Apple Didenda 25 Juta Euro!

Aplikasi ini menggunakan konsep permainan, anda akan bermain permainan sambil belajar kosakata dan tatabahasa bahasa. Kedengarannya tidaklah serius begitu, kerana para pengembang aplikasi ini secara bangganya mengatakan bahawa 34 jam bermain adalah sama dengan satu semester belajar di kolej. Ini jelas salah satu tempat pemula belajar bahasa. Lantas, salah satu aplikasi pembelajaran bahasa yang harus dicuba.

Google Translate

Google Translate ialah aplikasi yang luar biasa. Seperti namanya, aplikasi ini menerjemahkan pelbagai bahasa ke bahasa lain. Ia memiliki sokongan daripada pelbagai pakar penerjemah. Ini adalah cara yang bagus untuk memeriksa dan melihat maksud setiap kata dalam bahasa lain. Selain itu, aplikasi ini juga menyertakan fitur kamera yang membolehkan anda menerjemahkan kata-kata asing dengan hanya menggunakan kamera. Malah, anda boleh juga berbual dengan aplikasi ini lantas menerjemahkan cakapan anda ke bahasa yang diingini. Ini ialah aplikasi yang tangguh (kuat,kukuh) untuk diperuntukkan kepada para pelancong, serta boleh digunakan untuk para pembelajar bahasa.

Language Drops

Language Drops ialah pengembang aplikasi yang mempunyai banyak aplikasi pembelajaran bahasa. Setiap bahasa memiliki aplikasi sendiri. Language Drops menggunakan filosofi mudah. Ia hanya berfokus kepada kosa kata dan tidak fokuskan pada tatabahasa. Hal dengan ini, anda belajar bahasa percakapan dan kosa kata dengan cepat, tatabahasa pula anda harus berfikir sendiri.

Baca juga :  Android vs iPhone. Mana Satu Pilihan Anda?

Memrise

Memrise ialah salah satu aplikasi pembelajaran bahasa yang popular. Aplikasi ini hadir dalam dua versi iaitu percuma dan pro. Versi percumanya menawarkan beberapa pelajaran dasar. Ini akan memberikan anda kesempatan untuk mencubanya. Versi pro pula menawarkan kesemua pelajaran alternatif seperti pendengaran dan sebagainya.

Aplikasi ini mempunyai pelbagai jenis pelajaran seperti permainan, penghafalan, kosa kata dan tatabahasa serta terserta elemen pembelajaran komuniti sosial. Aplikasi ini juga menyediakan pelbagai bahasa, serta juga bahasa-bahasa yang sukar ditemui.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker