Lain-Lain

10 Telefon Pintar Terbaik Tahun 2018 (Berdasarkan Ujian Antutu)

csm_antutu_01c750527b

Tahun baru, telefon baru juga diperkenalkan. Namun, peranti Android yang dilancarkan pada tahun 2018 ini mampu mengalahkan telefon pintar yang bakal diperkenalkan pada masa akan datang dan akan kekal relevan untuk tahun-tahun depan. Pada bulan Disember, Antutu telah menyenaraikan beberapa telefon pintar terbaik dengan melakukan ujian pretasi bagi setiap peranti.


Apa itu Antutu?

Antutu merupakan software untuk benchmarks telefon pintar. Benchmarks digunakan untuk mengukur pretasi oleh hardware dan sistem bagi mana-mana telefon pintar. Ia diguna pakai untuk merekod skor pretasi untuk membolehkan kita membanding jumlah skor dengan peranti yang berbeza. Semakin tinggi skor, semakin tinggi pretasi peranti itu. Ia diwujudkan untuk melakukan ujian CPU, GPU, memori dan storan telefon anda.

Jika sebelum ini Huawei Mate 20 merupakan telefon pintar Android yang paling power, kini edisi Mate 20 telah ditewaskan oleh pencabar baharu dalam dunia gadget – iaitu Nubia Red Magic Mars Edition. Ketiga-tiga edisi Mate 20, Mate 20 Pro dan Mate 20 X telah dimalukan oleh keluaran Nubia.

Di tangga pertama ialah Nubia Red Magic Mars Edition, diikuti oleh Huawei Mate 20 dan Honor V20 di tempat yang ketiga. Nubia Red Magic Mars Edition ini menggunakan CPU Qualcomm SDM845 Snapdragon 845 (10 nm) manakala Mate 20 dan V20 pula menggunakan HiSilicon Kirin 980 (7 nm). Walaupun Kirin 980 boleh menewaskan peranti lain yang menggunakan Snapdragon 845 seperti Pixel dan Black Shark Helo, ia ternyata berbeza bagi kes ini.

Berikut adalah senarai telefon pintar mengikut turutan dari yang tertinggi sehingga yang berada di peringkat paling bawah.

  1. Nubia Red Magic Mars – 320464
  2. Huawei Mate 20 – 309130
  3. Honor V20 – 305525
  4. Huawei Mate 20 X – 304096
  5. Huawei Mate 20 Pro – 302872
  6. Honor Magic 2 – 300978
  7. Black Shark Helo – 300211
  8. OnePlus 6T – 296278
  9. Black Shark – 294193
  10. Nubia X – 294032

Antutu-Peranti-Prestasi-Terbaik-Disember-2018-002-768x578

Dari senarai tersebut, kita boleh nampak pengeluar dari China telah menguasai sektor penghasilan telefon pintar β€˜gergasi’ buat sekarang. Banyak telefon pintar hebat yang tidak tersenarai seperti Asus ROG Phone, OnePlus 6 ataupun mana-mana edisi Samsung Galaxy. Bagaimana pula keluaran tahun 2019 akan datang?

Untuk makluman anda, skor tersebut hanyalah nombor semata-mata dan boleh ditipu – pretasi telefon pintar boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor sebenarnya.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker