Berita Teknologi

Telefon Android Terbaik (Disember 2018)

Tahun 2018 ingin melabuhkan tirainya. Oleh hal ini, dengan kejayaan Android yang mendominasi industri telefon, memilih telefon Android hanya sekadar untuk memilih telefon pintar yang terbaik. Hatta, terdapat pelbagai pilihan di luar sana, tetapi apa yang terbaik untuk tahun 2018?

Memilih telefon pintar adalah objektif kita. Namun begitu, dengar hanya melihat spesifikasi dan ciri telefon idaman kita adalah tidak bernas sama sekali. Dalam pendek kata, kita ingin mencari telefon terbaik – Telefon Android pada tahun 2018 yang tidak akan menyesalkan kita di waktu kala pemilihan. Kita telahpun memilih pilihan kita berdasarkan ujian dalaman telefon dan telahpun membahagikan makalah ini kepada empat bahagian yakni : Keseluruhan Terbaik, Kamera Terbaik, Jangka Hayat Bateri Terbaik dan Harga Terbaik. Mari, dengan tanpa melewat-lewatkan masa lagi, berikut ialah telefon-telefon Android yang terbaik.

Keseluruhan Terbaik : Samsung Galaxy Note 9


Ikhtisarnya

Samsung Galaxy Note 9 ialah pilihan kami yang termantap untuk kategori keseluruhan terbaik. Ia boleh menjalankan segala-gala aktiviti dengan rapi serta tersusun. Justeru, ia juga mempunyai paparan Super AMOLED (6.4 inci) yang boleh memaparkan video dan imej dalam keadaan kualiti tertinggi. Bukan itu sahaja, ia juga memiliki Unit Pemprosesan Pusat atau istilah Inggerisnya Central Processing Unit (CPU) yang laju (sama ada Qualcomm Snapdragon 845 ataupun Samsung Exynos 9810). Lantaran itu, ia juga mengandungi Ingatan Capaian Rawak atau Random Access Memory (RAM) yang banyak (6GB atau 8GB RAM) serta ada storan dalaman yang besar (128 GB atau 512 GB).
Selain itu, dwikamera telefon ini juga mampu menangkap gambar yang cantik. Tambahan pula,  S-Pen yang tertanam di dalam telefon ini telah ditambah fungsinya iaitu sebagai contoh, fungsi sebagai sokongan kawalan jauh (Remote control support). Malahan juga, bateri telefon ini telahpun dinaiktaraf kepada 4000mAh, hal ini bermaksud anda boleh bermain telefon anda lebih lama dengan hanya secas sahaja. Walaupun harga ia mahal, ia adalah yang terbaik kerana ciri-cirinya memadai gelaran telefon ini sebagai telefon keseluruhan terbaik bagi tahun 2018.

Baca juga :  Android Q Beta 3 - Sudahkah anda bersedia ?

Kenapa anda patut beli?

  • Ada perkakasan atasan (termaju) (high-end hardware), paparan yang lebar serta jangka hayat bateri yang lama.
  • S-Pen mengandungi perbagai fungsi yang berfaedah.

Kenapa anda patut lepaskan?

  • Ia mahal.
  • Samsung terlalu lambat dalam pengemaskinian perisian (software update).

Penaib bagi kategori ini : Huawei Mate 20 Pro

Sementara telefon Note 9 menjadi pilihan kami yang terbaik bagi kategori ini, telefon Huawei Mate 20 Pro telah menjadi naib. Hal ini kerana, telefon ini seperti Note 9, mempunyai perkakasan atasan, paparan lebar dan menawarkan trikamera belakang. Namun, ia mahal, serta UI (antara muka pengguna) telefon ini bukanlah minat orang ramai dan kekurangan bicu fon kepala 3.5mm (headphone jack) yang telah menjadikan fon ini sebagai naib kategori ini.

Kamera Terbaik :  Google Pixel 3 dan 3 XL

Ikhtisarnya

Google masih lagi tidak menyertai trend kini iaitu trend dwi atau trikamera. Telefon ini hanya mengandungi sekamera belakang berciri 12.2MP sahaja. Syukurnya, untuk menangkap gambar yang lawa tidak perlu memerlukan penderia (sensors) yang banyak. Anda boleh menangkap gambar yang menarik dengan hanya menggunakan telefon ini. Gambar yang ditangkap adalah sangat terperinci dan bidang warna yang cemerlang (excellent colour range). Hatta, tidak perlulah pengguna membuka aplikasi penyuntingan gambar untuk melawakan lagi gambar yang ditangkap.
Lebih-lebih lagi, terdapat juga ciri-ciri perisian menarik di dalam telefon baharu Google, Pixel 3, termasuk perisian “Top Shot” yang memilih gambar yang tercantik untuk anda di antara gambar-gambar yang anda tangkap pada subjek yang sama. Kemudian, adanya ”Night Sight”, yang membenarkan telefon Pixel 3 untuk menangkap gambar terhebat walaupun di dalam keamatan cahaya yang malap. Tambahan pula, telefon ini juga mempunyai dwikamera hadapan 8MP untuk menangkap swafoto (selfie) yang sempurna.

Kenapa anda patut dapat?

  • Ia boleh menangkap gambar dalam pelbagai keamatan cahaya.
  • Pengemaskinian perisian yang laju (kerana Google memiliki Android)
Baca juga :  Apple iPad Mungkin Hadir sebagai Laptop Mudah alih

Ada sebab untuk dilepaskan?

  • Kedua-dua telefon ini agak mahal.
  • Kedua-dua telefon ini tidak mempunyai bicu fon kepala (tidak mempunyai lubang fon kepala)

Penaib bagi kategori ini : Samsung Galaxy Note 9

Telefon Samsung Galaxy Note 9 sebenarnya mempunyai perkakasan kamera yang lebih canggih daripada Pixel 3 dan Pixel 3 XL. Walau bagaimanapun, ia tidak dapat menangkap gambar selawa seperti telefon Pixel 3 dan perlulah anda menggunakan perisian penyuntingan gambar (image editing software) untuk melawakan gambar tersebut.

Jangka Hayat Bateri Terbaik : Huawei P20 Pro

Hasil carian imej untuk huawei mate pro 20

Ikhtisarnya

Bateri yang besar tidak semestinya jangka hayat yang lama. Malah, lagi besar paparan telefon, lagi cepat jangka hayat bateri untuk mati. Hal ini dengan megahnya, telefon Huawei P20 Pro ada kelebihan terunggulnya. Cip pemprosesan Kirin 970 yang terkandung dalam telefon ini menggunakan AI (Kecerdasan Buatan) dan ciri mesin pembelajaran untuk melanjutkan jangka hayat bateri 4000mAh.
Berdasarkan kajian pengujian bateri, telefon P20 Pro adalah pemenangnya dalam kepurataan keseluruhannya. Hanya telefon Samsung Galaxy Note 9 yang mempunyai bateri 4000mAh dan telefon Vivo V11 Pro dengan berbateri 3400mAh sahaja yang menawarkan jangka hayat bateri selama dengan telefon Huawei ini. Jika telefon ini diguna dengan kesederhanaan, ia boleh bertahan hingga 2 hari sahaja, hal ini bermasuk, anda lagi kurang meluangkan masa bermain fon sambil mencas.

Kenapa anda patut dapat?

  • Bateri 4000mAh  dapat bertahan sangat lama dengan hanya pengecasan sekali sahaja.
  • Ada trikamera yang sangat hebat.

Ada sebab untuk dilepaskan?

  • Perlu melakukan beberapa pengerjaan dan penyuntingan untuk mendapatkan gambar yang indah.
  • Perisian Huawei masih tidak menyediakan beberapa ciri yang diidamkan.

Penaib bagi kategori ini : Huawei Mate 20 Pro

Dikala telefon Huawei Mate 20 Pro tidak mempunyai jangka hayat bateri yang lama seperti abangnya, P20 Pro, tetapi telefon Huawei Mate 20 Pro mengandungi bateri 4,200 mAh yang besar. Sekali gus, ia boleh dicas dengan sangat pantas yakni memerlukan lebih kurang sejam sahaja pengecasan.

Baca juga :  Apa itu Dark Mode? | Youtube kini dengan Dark Mode

Harga Terbaik : OnePlus 6T

Image result for oenplus 6t

Ikhtisarnya

Apa kata yang anda boleh mendapatkan telefon dengan perkakasan atasan tanpa memboros duit dalam jumlah yang banyak. Jangan terkejut bahawa telefon OnePlus 6T ialah pilihan anda. Anda akan dapat pemprosesan telefon (CPU) yang terpantas iaitu Snapdragon 845, serta ingatan capaian rawak yang banyak (RAM) (6GB ATAU 8GB) dan storan sebesar 256GB serta paparan super AMOLED selebar 6.41-inci dan bukan itu sahaja, paparan ia mengadungi takik titisan air yang kecil (water drop notch).
Bahkan, anda juga dapat penderia (sensor) yang hampir semua fon tiada iaitu penderia cap jari dalam paparan (in-display fingerprint sensor).

Sementelahan, bateri 3,700mAh ia boleh hidup untuk sehari serta boleh dicas dengan pantas dengan adanya teknologi pengecasan pantas syarikat OnePlus iaitu sepantas 90 minit sahaja. Kesemua kelebihan yang telefon ini memiliki hanya dengan harga serendah Rm 2,738 (harga berdasarkan bulan Disember 2018).

Kenapa anda patut dapat?

  • Perkakasan atasan dengan harga yang rendah.

Ada sebab untuk dilepaskan?

  • Kamera tidak secanggih
  • Tiada bicu fon kepala (headphone jack)

Penaib bagi kategori ini : Xiaomi Pocophone F1

Telefon ini berharga RM1,245 di Shopee, tetapi janganlah pandang rendah akan harganya kerana ia mengandungi perkakasan atasan juga. Mahupun begitu, telefon ini ada kelainan dengan OnePlus 6T, iaitu selongsongnya/bingkainya ialah plastik, ada takik yang besar (big notch) dan mempunyai paparan IPS LCD. Di samping itu, ia mempunyai perisian tegar (firmware) Android 8.1 Oreo yang disediapasang, bukan seperti telefon OnePlus 6T yang disediapasang perisian tegar (firmware) Android 9 Pie.

Arakian, itu sahajalah senarai yang kami dapat sediakan untuk memberi panduan serta dorongan kepada anda untuk membantu anda dalam pemilihan telefon.  Hal dengan ini, buatlah pilihan yang bijak kerana di dunia yang moden ini, telefon ialah pemilikan yang mustahak bagi semua insan dan sudahpun menjadi asas kehidupan kita dalam melakukan segala rutin harian.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker