Berita Teknologi

Samsung Galaxy A9: Telefon Pintar Quad-Camera Pertama

Samsung

Pada era moden ini, setiap pengeluar telefon pintar berebut-rebut untuk menghasilkan β€˜senjata’ yang paling hebat di dunia. Dalam setiap tahun, pastinya ada rekod terbaru yang wujud antara pengeluar telefon pintar. 

Dalam bidang fotografi, telefon pintar pertama yang mempunyai lebih daripada sebuah lensa kamera adalah HTC Evo 3D pada tahun 2011. Namun, ia gagal memberi impak pada masa itu. Setelah iPhone 7+ diperkenalkan dengan dual-camera, kualiti yang ditunjukkan amatlah memberangsangkan sehingga ia menjadi popular dengan potrait-mode, iaitu mengkaburkan background.

main-qimg-dec2f39fc89697cb426980a2a5952a44

Sejak itu, setiap pengeluar telefon pintar berlumba-lumba bagi menghasilkan kualiti gambar yang menarik. Pada hari ini, Samsung telah memecah rekod dunia dengan menjadi pengeluar pertama yang memperkenalkan telefon pintar quad-camera. Maka, Bijak Android ingin kongsikan kepada anda semua tentang kehebatan alat ini.

Spesifikasi Samsung Galaxy A9 (2018)

my-feature-colorful-design-that-defines-you-122249892

  • Mempunyai 6.3” skrin Super-AMOLED yang amat HD dan resolusi 2220 x 1080 pixels (FHD+)
  • Operating System: Android 8.0 Oreo
  • CPU (Processor): Qualcomm SDM660 Snapdragon 660 (14 nm) – Octa-core (4×2.2 GHz Kryo 260 & 4×1.8 GHz Kryo 260)
  • GPU : Adreno 512
  • RAM: 6GB
  • Storan dalaman : 128GB
  • Storan luaran: Sehingga 512GB
  • Bateri: 3800 mAh Li-Ion
  • Kamera hadapan: 24MP
  • Teknologi: Fingerprint, Fast Battery Charging, Face Unlock  dan lain-lain.

Itu sudah memadai. Sekarang, mari kita tengok kehebatan quad-camera ini.

Quad-Camera Samsung Galaxy A9

my-feature-the-world-s-first-quad-camera-smartphone-122249879

Mempunyai 4 lensa kamera yang mempunyai pelbagai fungsi;

  • Ultra wide camera: 8MP & keluasan 120 darjah

Lensa ini bertujuan untuk menyediakan tangkapan gambar yang amat luas.

  • Telephoto camera: 10MP

Lensa ini berfungsi untuk menyediakan optical-zoom untuk zoom gambar dengan lebih dekat dan jelas.

  • Main camera: 24MP

Kamera utama yang berfungsi untuk menangkap gambar anda. Mempunyai resolusi yang tinggi agar tangkapan gambar nampak Ultra HD.

  • Depth camera: 5MP

Depth camera ini berfungsi untuk potrait-mode yang mengkaburkan background.

my-feature-capture-more-with-the-power-of-four-122249882

Bukan itu sahaja, kamera Samsung Galaxy A9 ini mempunyai Scene Optimizer dimana ia menggunakan algortima AI untuk mengenal pasti objek sekeliling untuk menentukan white balance, exposure, contrast and brightness dengan sendiri. Tanpa adjust pada setting, gambar anda pastinya akan menonjol.

Jom kita lihat tangkapan oleh Samsung Galaxy A9

Kredit kepada SAM Mobile:

Kesimpulan

Sudah pastinya telefon pintar ini amat diperlukan oleh traveler yang suka bergambar di luar negara. Anda boleh membeli telefon ini di Samsung Official Store pada RM1999.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker