Lain-Lain

Permainan Android Premium Terseronok Untuk Tahun 2018

holedown-new-game-hero

Letakkan kad kredit anda ke tepi dan mainlah permainan! Tahukah anda? Terdapat keseronokan yang terunggul serta ketenangan yang teraman jika anda bermain permainan yang tiada In-App Purchase. Apa itu In-App Purchase? Pernahkah anda bermain permainan seperti “Clash of Clans”, “Mobile Legends” serta “Player Unknown’s Battlegrounds” atau singkatannya “PUBG”, yang mengandungi In-App Purchase di mana anda terpaksa mengeluarkan duit untuk membeli barang-barang sehingga terboros beratus-ratus ringgit.

Bukan itu sahaja, permainan percuma juga mempunyai iklan-iklan yang akan mengganggu tumpuan anda sewaktu bermain permainan. Hal dengan itu, tahukah anda bahawa permainan premium atau permainan berbayar ada sebab kenapa ia perlu dibayar yakni untuk memberi anda kebebasan bermain permainan, dengan kata lain, tanpa iklan dan In-App Purchase.
Oleh yang demikian, berikut adalah beberapa permainan premium yang patut anda beli tanpa menghiraukan harganya kerana permainan tersebut mampu menceriakan hari anda serta menenangkan tekanan semasa.
Berikut adalah senarai ringkas permainan-permainan yang tidak mempunyai sezarah In-App Purchase :

  • Holedown
  • Reigns : Her Majesty
  • Siri The Room
  • Suzy Cube
  • Francais Grand Theft Auto
  • Mini Metro
  • Roller Coaster Tycoon Classic
  • Evoland 1 dan 2
  • Minecraft
  • Terraria

Perhatian : Harga permainan ini tidak tetap (Berdasarkan harga pertukaran wang diantara Dollar Amerika Syarikat dan Ringgit Malaysia)

Holedown

Susah untuk kita untuk mencari permainan teka-teki yang tidak menjual apa-apa alat pemudah seperti nyawa lebih mahupun kuasa. Maka, inilah sebabnya mengapa permainan ini adalah yang terbaik untuk tahun 2018. Cara permainannya begini, anda akan meletupkan jasad cakrawala (benda yang wujud angkasa) secara strategik bermula dari batu angkasa yakni asteroid hingga ke matahari.

Malah, permainan ini menggunakan rumus klasik permainan iaitu “bola melantun pada bongkah”. Setiap bongkah mempunyai nombor yang tertera padanya, maka untuk hancurkan bongkah tersebut sebiji bola akan dilantunkan ke arah bongkah tersebut berdasarkan nombor yang tertera. Diibaratkan begini, jika nombor tertera pada bongkah ialah 3, maka 3 bola harus melantun pada bongkah tersebut untuk hancurkannya, ataupun hancurkan bongkah penyokong yang akan merobohkan bongkah-bongkah yang lain.

Seterusnya, Ini ialah permainan yang mudah difahami untuk para pemain, namun jangan ambil mudah kerana permainan ini memerlukan kepakaran strategi dan kemahiran. Hal ini, semua bongkah bersiku licin iaitu membenarkan anda merancang lantunan bola padu untuk memusnahkan beberapa segmen bongkah dalam secubaan. Hal ini penting kerana permainan ini akan menatal ke atas sendiri (scroll up) dan jika sebiji bongkah sahaja tercapai di atas skrin, maka permainan tamat.

Bukan itu sahaja, semasa dalam permainan, anda akan mengumpul kristal yang akan membenarkan anda menaiktaraf permainan anda seperti bilangan penembakan biji bola. Naiktarafan ini adalah sangat membantu pada akhir-akhir peringkat permainan ini. Ha! Jika anda ialah seorang peminat permainan teka-teki fizik maka permainan ini adalah obsesi anda. Holedown berbaloi dengan harganya.

Maklumat

Harga : RM16.90
Genre : Arked
Berat : 54 MB

Baca juga :  OnePlus 6T: Telefon Android Bajet Terbaik (2018)

Reigns: Her Majesty

Jika anda pernah terbayang untuk menjadi raja atau permaisuri, maka permainan ini adalah cocok sekali untuk anda. Hatta, Ia ialah permainan yang sungguh bergaya serta mempunyai cara permainan yang mudah difahami. Ikhtisarnya, anda hendak mentadbir sebuah kerajaan dengan penuh teratur dengan berinteraksi dengan penasihat raja, masyarakat, ahli sihir dan pelbagai watak di dalam kerajaan anda. Permainan ini boleh diibaratkan seperti sebuah buku pengembaraan, tetapi selain daripada menyelak kertas, permainan ini hanya perlu diseret ke kiri atau ke kanan.

Setiap pilihan yang anda lakukan akan memberi kesan kepada empat aspek yang anda wajib uruskan iaitu keagamaan, kemasyarakatan, ketenteraan dan kemewahan. Menyimbangkan keempat-empat aspek ini adalah kunci utama permainan ini, jika salah satu aspek ini runtuh, maka pentadbiran anda akan tamat. Tetapi permainan ini tidak berakhir begitu sahaja, anda akan menyambung warisan lalu cubajaya mentadbir kerajaan lebih lama daripada pentadbiran raja dahulu.
Permainan ini ialah permainan yang sangat mudah serta anda mesti gemar dengan lawak-lawak jahat yang terkandung dalam permainan ini.

Maklumat

Harga : RM 12.99
Genre : Kad
Berat : 95 MB

Siri The Room

Francais The Room mempersembahkan salah satu permainan teka-teki tercabar yang anda boleh main. Pada setiap permainan, anda ditugaskan untuk menyelesaikan teka-teki bertiga dimensi yang telah dipasang oleh seorang tukang.
Permainan terkini siri ini ialah The Room: Old Sins, tetapi jika anda seorang pemain baharu pada siri permainan ini, anda digalakkan untuk bermain permainan terawal siri ini iaitu :

  • The Room
  • The Room Two
  • The Room Three

Keseluruhan siri ini adalah wajarnya dinobatkan sebagai sebuah permainan telefon bimbit terbaik di sepanjang masa, jadi anda boleh dipastikan yang permainan ini adalah khas untuk anda. Permainan ini adalah sangat mengasyikkan dan memerlukan perhatian yang penuh untuk menyelesaikan teka-teki sukar.

Maklumat

Harga :

  • The Room : RM 4.49
  • The Room Two : RM 8.99
  • The Room Three : RM 17.99
  • The Room: Old Sins : RM 22.99

Genre : Teka-Teki
Berat : 206 MB ~ 625 MB

Suzy Cube

Suzy Cube ialah permainan platform 3D terhebat bagi pengguna Android. Ia mengandungi ciri pengawalan pergerakan yang sangat mudah yang akan menyilakan anda melompat dan berlari pecut membelantarai 40 peringkat, dengan setiap peringkat mempunyai platform yang mencabar dan kawasan rahsia yang patut diketahui.

Baca juga :  Telefon Pintar Dengan Bateri Yang Tahan Lebih Lama & Padu !

Ada pengulangan dalam permainan ini iaitu di akhir setiap peringkat terdapat perlawanan bos yang hampir serupa cara perlawanannya, tetapi Suzy Cube berjaya mengubah cara perlawanan musuh terakhir, hal ini untuk pemain agar tidak mudah bosan. Tiada In-App Purchase dalam permainan ini, semua bonus boleh didapati dengan menggunakan bintang-bintang yang bertaburan di seluruh peringkat. Hal ini bermaksud bahawa anda mungkin bermain semula peringkat terdahulu untuk mengumpul kesemua bintang serta mencipta rekod permainan tercepat.
Justeru, marilah anda menjenguk permainan ini jika anda menggila-gilakan permainan platform tiga dimensi di telefon anda.

Maklumat

Harga : RM 14.99
Genre : Pengembaraan
Berat : 109 MB

Francais Grand Theft Auto

Adakah anda peminat tegar siri permainan Grand Theft Auto? Maka berita baik, ia ada versi Android.
Rockstar Games ada lima judul GTA yang khas untuk dimain di dalam telefon bimbit anda. Lima-lima permainan itu ialah San Andreas, Liberty City Stories, Vice City, GTA III dan Chinatown Wars. Nescaya permainan ini akan menggembirakan nafsu anda untuk mencuri kereta, merompak dan menembak yang ternyata sudah menjadi asas permainan ini.
Harganya tiadalah tidak berbaloi kalau difikirkan bahawa permainan ini tidak memiliki In-App Purchase dan iklan yang menjengkelkan.
Lantas, jika anda mahu bermain permainan ini, terus tekan Google Play Store dan bayar.

Maklumat

Harga :

  • San Andreas : RM 25.99
  • Vice City : RM 15.99
  • GTA III : RM 15.99
  • Liberty  City Stories : RM 25.99
  • Chinatown Wars : RM 15.99

Genre : Aksi
Berat : 547 MB ~ 1.9 GB

Mini Metro

Mini Metro ialah permainan yang sungguh menyeronokkan, dan jangan terkejut bahawa permainan ini juga ialah permainan teka-teki yakni membina landasan dan laluan jalan bawah tanah di sepanjang bandar serta setiap laluan dibina akan memberi irama merdu sewaktu bermain permainan ini.

Mari lihat iklan ia untuk mendapat ilustrasi cara permainan ini. Ia ialah permainan yang sempurna untuk dimain, lagi-lagi di waktu anda menggunakan pengangkutan awam, dan ada mod cabaran yang akan memberi anda alasan kukuh untuk main semula permainan ini pada setiap hari.
Tiada In-App Purchase atau iklan yang akan mengganggu anda bermain permainan ini yang sungguh mudah reka bentuknya dan sangat menagihkan.

Maklumat

Harga : RM 4.99
Genre : Penyelakuan/Simulasi
Berat : 75 MB

Roller Coaster Tycoon Classic

Anda minat taman tema? Pasti anda minat permainan ini. Kereta api taman tema dan kapal gayut mesti membuat anda sungguh teruja sewaktu menunggangnya. Maka, permainan ini tidak perlulah diceritakan lebih mendalam kerana ia adalah untuk keseronokan.

Baca juga :  Call Of Duty Mobile - Kini Tersedia Untuk Dimuat Turun

Anda akan membina sebuah taman tema tergempak dan anda juga akan menguruskan/mengelolakan taman tema tersebut hingga ia menjadi sebuah taman tema terhebat di pelosok dunia. Malah, jika anda sedang menggunakan telefon yang mempunyai pen bijak seperti Samsung Galaxy Note, maka lagi mudah untuk anda mengendalikan taman tema mengikut cita rasa anda.

Maklumat

Harga : RM 25.99
Genre : Penyelakuan/Simulasi
Berat : 272 MB

Evoland 1 dan 2

Evoland ialah salah satu permainan premium yang sungguh sukar untuk tidak dimain. Evoland pertama dicipta sebagai permainan campuran dan bernostalgia bagi para peminat permaian bergenre permainan berwatak (RPG). Bukan itu sahaja, kesinambungannya iaitu Evoland 2 pula membentangkan lagi jalan ceritanya serta pelbagai rujukan permainan video dan budaya pop.

Maklumat

Harga :

  • Evoland : RM 4.99
  • Evoland 2 : RM 22.99

Genre : Berwatak
Berat : 50 MB ~ 338 MB

Minecraft

Ringkasannya, Minecraft ialah permainan kotak pasir (sandbox) iaitu permainan yang membenarkan anda untuk membina dan membuat segala benda yang anda boleh imaginasikan. Mudah untuk dimain serta lagi seronok dimain bersama dengan kawan, Minecraft sungguh mudah dijadikan sebagai ilustrasi idea dan pemikiran anda hinggalah terbina ciptaan seperti bandar sendiri, seni dan sebagainya.

Selain sebagai sebuah permainan kotak pasir, Minecraft juga ialah sebuah permainan bertujuan. Bermula daripada menebang pokok hinggalah kepada membunuh Naga Ender, lebih banyak perkara yang patut diketahui oleh para pemain hinggalah sebuah permainan pengembaraan tercipta.

Maklumat

Harga : RM 28.12
Genre : Arked, Aksi & Pengembaraan
Berat : 81 MB

Terraria

Pernah dikatakan sebagai saudara Minecraft, Terraria juga ialah sebuah permainan kotak pasir. Tetapi, pergenrenannya berubah daripada permainan kotak pasir ke parmainan berwatak, iaitu anda haruslah kekal hidup dan membunuh pelbagai musuh jahat untuk mendapatkan kekuatan dan kelebihannya. Terraria ialah permainan berdua dimensi (2D), tetapi janganlah dipandang hina kerana permainan ini berisi pelbagai pengembaraan yang bersiap sedia dikembara oleh pemain sendiri, membina seorang watak yang kuat dan cergas membunuh segala kejahatan di muka buminya.

Maklumat

Harga : RM 20.99
Genre : Pengembaraan
Berat : 97 MB

Yang manakah permainan kegemaran anda?

Daripada membazir duit membeli In-App Purchase, lebih baik beli permainan yang lengkap sifatnya. Beritahu kami permainan apa yang kami tertinggal untuk disenaraikan dalam senarai ini. Jangan lupa memberi ulasan ya!

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker