Lain-Lain

Panduan Membeli Laptop Dengan Harga Yang Berbaloi 2019

Multimedia59

Tarikh hari ini pun sudah 10 Disember, lagi dua hari nak sampai 12 Disember 2018 di mana kebanyakkan online-shopping-site akan melancarkan promosi secara besar-besaran termasuklah Lazada dan Shopee. Jika anda memerlukan sebuah laptop, Bijak Android akan menunjukkan tips dan cara membeli laptop yang sesuai dengan harganya;

  • Tips membeli laptop second-hand atau refurbished
  • Laptop yang sesuai untuk student dan pelajar universiti

Sememangnya, laptop memang penting untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dan mudah dibawa kemana-mana. Mesti korang pernah minta pendapat dari kawan-kawan dan kenalan untuk membeli laptop kan? Jangan tanya mereka, tanya diri sendiri โ€“ tepuk dada tanya selera. Kalau kita buat pilihan diri sendiri, kita akan lebih berpuas hati dengan hasilnya.

critical-thinking-resource-for-unsw-students

Tahu tak pembelian laptop ini sebenarnya bergantung kepada spesifikasi yang diperlukan oleh setiap individu supaya ia berbaloi dan value-for-money. Sebab itulah, korang kena baca artikel ini sebelum membuat sebarang keputusan.

Sebelum anda baca isi utama tajuk pada hari ini, anda mestilah tahu mengenai pengetahuam am tentang laptop supaya tidak tersalah beli nanti.

  1. Laptop dengan notebook adalah sama dari spesifikasi tapi berbeza dari saiz skrin โ€“ laptop 14โ€ manakala notebook 10โ€.
  2. RAM pula berfungsi untuk membuka software. Semakin besar RAM, semakin banyak software yang boleh dibuka pada satu masa.
  3. CPU ialah processor, ini adalah otak laptop โ€“ semakin besar CPU, semakin pantas laptop proses maklumat.
  4. CPU ada 2 jenis iaitu 32-bit dan 64-bit. Kalau CPU anda 32-bit dan software anda 64-bit, software itu tidak boleh dibuka. Dan juga, 86-bit juga dikenali sebagai 32-bit.
  5. Bak kata Mr.BroTegas : โ€œMotherboard ni takde kena mengena dengan mak korangโ€ โ€“ Motherboard merupakan tempat untuk pasang semua hardware.
  6. Laptop juga mempunyai video/graphic card untuk support gaming dan kerja graphic.
  7. HDD dan SDD. Ia merupakan ruang  penyimpanan data anda. Ia berbeza dari segi kelajuan โ€“ dimana SDD mempunyai writing speed yang lebih tinggi dari HDD.

hdd-ssd-2

Tips membeli laptop second-hand atau refurbished

second hand brown grunge round vintage rubber stampimages

Sebelum itu, mari kita kenal apa itu istilah โ€˜second-handโ€™ dan โ€˜refurbishedโ€™. Istilah second-hand merujuk kepada barangan yang sudah dipakai manakala refurbished ialah barangan yang dibaik semula. Walaupun second-hand atau refurbished, setiap laptop yang dijual sememangnya berfungsi dengan baik. Takkan la orang nak jual benda yang rosak kan?


Bagi sesiapa yang mempunyai bajet yang sedikit, anda perlu membeli barangan second-hand atau refurbsihed yang mempunyai warranty untuk kegunaan masa hadapan. Jika anda nak beli barangan ini, anda haruslah memastikan laptop boleh berjalan dengan baik dan melakukan sedikit ujian;

  • Perhatikan screen jika ada sebarang tompok hitam (dead pixel)
  • Speaker dalam keadaan baik
  • Setiap butang keyboard berfungsi
  • Charger-adapter berfungsi
  • Mengenal pasti tahap kesihatan laptop โ€“ dengan menggunakan Windows Memory Diagnostic

Bijak Android akan mengulas lebih lanjut mengenai panduan membeli laptop second-hand atau refurbished dalam artikel selanjutnya.

Laptop yang sesuai untuk student dan pelajar universiti

Perkara wajib sebelum masuk alam universiti adalah mempunyai sebuah laptop. Mujurlah ada laptop โ€˜warisan’ daripada abang. Bagi sesiapa yang tidak mempunyai laptop, anda kena tanya diri sendiri;

  • Aku lelaki ke perempuan ?

Fakta realiti jantina adalah lelaki lebih banyak meluangkan masa dengan laptop berbanding kaum hawa. Oleh yang demikian, laptop anda akan beroperasi dengan lebih masa dan memerlukan bateri yang besar. Kalau telefon ada powerbank, laptop kena ada charger dan soket juga kalau bateri habis.

  • Aku manusia biasa ke seorang gamer ?

Bagi pelajar biasa yang hanya memerlukan laptop untuk menyiapkan tugasan dengan Microsoft Office โ€“ seperti Microsoft Word, Excel, Powerpoint dan setaranya, anda cuma perlukan modal yang sedikit untuk membeli low-end laptop. Bagi seorang gamer, anda perlulah memastikan game apa yang anda ingin main, seperti Dota 2 atau GTA V dan anda baru boleh mengenal pasti spesifikasi pilihan hati.

Bagi peminat Dota, anda memerlukan sekurang-kuranganya medium-spec sebelum boleh bermain iaitu 4GB RAM, 2.8 GHz Dual-Core processor dan nVidia Geforce 8600 (dan setara dengannya). Manakala peminat GTA V yang memerlukan high graphic dan high-end spec iaitu 8GB RAM, 3.2 GHz processor dan nVidia GTX 660 2GB. Selepas dah kenal pasti spesifikasi yang diperlukan, anda boleh nampak perbezaan ketara harga antara model dan jenama.

  • Berapa bajet yang ada ?

Ini yang paling penting, ukur baju di badan sendiri. Beli laptop dengan keperluan anda, bukannya keperluan atau kehendak orang lain. Kepetusan ada di tangan anda โ€“ nak beli brand-new laptop ataupun second-hand/refurbished laptop.

  • Aku belajar dalam bidang apa ?

Jika anda belajar dalam bidang am, anda hanya perlukan Microsoft Office sahaja. Jika anda student Multimedia, Engineer atau apa-apa yang menggunakan software berat seperti Adobe Photoshop dan Auto Desk, anda pasti memerlukan medium-end spec laptop. Seperti di atas, pastikan anda mengenal pasti system-requirements yang diperlukan untuk menjalankan software yang akan digunakan. Ohh, dan juga, pastikan processor laptop anda boleh menjalankan software yang anda bakal gunakan. Sebab kebanyakkan software kini memerlukan processor 64 bit untuk dijalankan.

Mungkin itu sudah cukup untuk anda. Tapi, ada yang masih belum boleh tentukan laptop yang sesuai dengan mereka. Oleh yang demikian, Bijak Android telah menyenaraikan laptop dengan harganya yang sesuai untuk siapa.

Low-End Laptop

  • Sesuai untuk student biasa โ€“ penggunaan Microsoft Office sahaja
  • 2GB RAM & 1.44+ GHz CPU
  • Julat Harga : RM800-RM1000

  • Sesuai untuk student biasa โ€“ penggunaan Microsoft Office & editing ringan-ringan (Videopad dan Adobe Photoshop)
  • 2GB RAM & 2.00+ GHz CPU
  • Julat Harga : RM1000-1400

Medium-End Laptop

  • Sesuai untuk kebanyakkan student & boleh gaming
  • 4GB RAM & 2.5Ghz+ CPU
  • Julat harga: RM1400-2000

Kesimpulan

Sudah cukup Bijak Android mengulas tentang Panduan Membeli Laptop. Jika anda ingin membeli laptop biasa dan ingin upgrade spesifikasi, perlulah diingatkan bahawa CPU tidak boleh ditukar kerana kebanyakkan cpu bagi laptop telah โ€˜ditanamโ€™ pada motherboard.

Maka, anda boleh membeli laptop low-end dengan RAM dan storage yang sedikit pada awalnya dan boleh upgrade dari semasa ke semasa. Sebelum anda upgrade RAM, sila pastikan RAM anda sesuai dengan motherboard laptop (kami akan ulas juga mengenai ini pada akan datang).

Kalau anda ada cadangan, sila bahaskan cadangan anda di ruang komen dibawah.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker